NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘PAS Teraju Pahang’ slogan menuju PRU16




TEMERLOH: PAS Pahang bersetuju memilih `PAS Teraju Pahang’ sebagai slogan penguat parti itu menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perkara itu diputuskan dalam program pemukiman PAS negeri yang berlangsung di Kompleks Tahfiz al Quran al Qaradhawi (KOMTAQ) Kerdau, semalam.

Pemukiman itu bertujuan merangka Pelan Tindakan Strategik (PTS) PAS Pahang sebagai persiapan menghadapi PRU16 dan merancang gerak kerja berterusan dalam usaha meneruskan agenda di negeri ini.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar mengingatkan agar jentera parti bersungguh-sungguh memberi komitmen terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

Jelasnya, kemenangan tidak akan mampu diraih andai jentera bekerja ‘last minit’ sebaliknya kemenangan akan dicapai dengan izin Allah setelah usaha dan persiapan dilakukan di permulaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur berkata demikian dalam ucapan penutup.

Terdahulu ketika majlis pembukaan, timbalannya, Andansura Rabu berkata beberapa aspek penting khususnya gerak kerja ke arah memenangi PRU16 akan dibincangkan pada program itu.

Ini, ujarnya termasuk aspek pengurusan dan pentadbiran, tarbiah, dakwah, kewangan, penerangan dan pusat khidmat ADN.

Seramai 135 peserta terdiri daripada kepimpinan negeri dan kawasan serta dewan-dewan hadir bagi menentukan hala tuju serta misi PAS Teraju Pahang menjelang PRU16. – HARAKAHDAILY 7/1/2024


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo