NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paras sungai utama di Johor meningkat, situasi dijangka semakin buruk

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Bukit Dagang, Sungai Tiram yang terputus hubungan selepas jalan utama memasuki perkampungan itu dinaiki air akibat limpahan air sungai berdekatan pada Ahad. Foto Bernama



KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Johor dijangka memburuk susulan hujan berterusan yang menyebabkan paras air di sungai-sungai utama di negeri itu meningkat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Siti Rohani Nadir berkata, setakat pukul 4 petang, jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindaan Sementara (PPS) di empat daerah terjejas adalah 503 mangsa melibatkan 134 keluarga.

"Hujan yang berterusan sejak malam tadi (Sabtu) menyebabkan paras air sungai-sungai utama seperi Sungai Kahang dan Sungai Johor meningkat," katanya kepada Astro Awani di sini, pada Ahad.

Siti Rohani, pihaknya terus melaksanakan operasi pemantauan dan penyelamat di daerah Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang masih lagi terjejas.

"Setakat ini situasi masih lagi terkawal, namun melihat pada situasi terkini (hujan berterusan), kita menjangkakan jumlah mangsa yang terjejas akan meningkat," ujarnya. - Awani



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo