Syabas saya ucapkan buat seluruh pihak penjawat awam dari tiga agensi utama yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem PADU ini.
Selepas sehari dilancarkan, pelbagai maklum balas diterima terutama berkenaan kelemahan API (Application Programming Interface) dan kerisauan pada keselamatan siber yang digunakan.
Kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara termasuk kementerian, badan berkanun Persekutuan dan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.
Dengan data yang ada, PADU akan menjadi agensi kerajaan paling berkuasa.
Justeru, ini adalah persoalan-persoalan yang timbul dan perlu kepada penjelasan:
1. Apakah akta yang menyokong PADU?
2. Apakah polisi dan dasar yang menyokong PADU?
3. Apakah garis panduan yang menyokong PADU?
4. Adakah PADU boleh dikongsi kepada sektor swasta?
5. Apakah kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah single point of failure apabila menggunakan centralised database?
6. Apakah teknik-teknik keselamatan siber yang digunakan dalam sistem PADU?
7. Apakah bidang kuasa Chief Government Security Officer (CGSO) termaktub dalam PADU?
8. Apa pula jaminan kerajaan bahawa data yang diisi oleh rakyat dengan data sedia ada daripada beberapa agensi berkaitan yang lain adalah tepat seperti contoh pendapatan sampingan daripada sumber lain?
Apabila pelaksanaan ini dibuat sepenuhnya oleh penjawat awam, seharusnya keselamatan data peribadi perlu menjadi agenda utama oleh Menteri. Hal ini juga bersangkut tata kelola.
Jika selesai masalah yang paling utama ini dan persoalan berbangkit yang lain, maka insya-Allah tiada masalah untuk PADU ini diterima dan disambut baik oleh semua.
YB IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan – HARAKAHDAILY 3/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment