NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PADU: Kerajaan perlu jamin keselamatan data tidak disalahgunakan



KUALA LUMPUR – Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan semalam perlu memastikan segala kebimbangan mengenai isu-isu utama agar segera diatasi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan perlu memberi jaminan kepada rakyat terutama perlindungan data peribadi agar ia mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

“Juga ke atas hak privasi rakyat, kerahsiaan data, keselamatan siber dan risiko akses oleh pihak yang tidak berkenaan. Perkongsian data harus dilaksanakan dengan tegas dan berhati-hati untuk mengelakkan penyalahgunaan.

“Dalam konteks sistem PADU, sangat penting untuk mempertimbangkan PDPA dan Dasar Perkongsian Data Kebangsaan (NDSP) Malaysia.

“PDPA menyediakan rangka kerja untuk melindungi data peribadi yang harus dipatuhi dalam pengumpulan dan penggunaan data,” katanya kepada MalaysiaGazette. 

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata, PDPA dan NDSP juga mesti dipatuhi sepenuhnya bagi mengelakkan penyalahgunaan data yang bercanggah dengan akta dan dasar tersebut.

Malah katanya, NDSP dapat menyokong perkongsian data antara agensi kerajaan dengan cara yang bertanggungjawab. 

“Saya menyarankan agar kerajaan mengadakan perbincangan lebih mendalam dengan pelbagai pihak, termasuk pakar teknologi, pakar privasi dan wakil rakyat bagi memastikan PADU beroperasi dengan cara yang melindungi data rakyat. 

“Selain itu, kerajaan harus memperkukuhkan langkah-langkah keselamatan siber dan menetapkan garis panduan yang jelas mengenai akses data. Ini penting untuk memastikan PADU memberikan manfaat maksimum tanpa mengorbankan privasi dan keselamatan data rakyat Malaysia,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu lagi. 

Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menggesa kerajaan supaya menangguhkan proses pendaftaran PADU sehingga beberapa beberapa kecacatan keselamatan diperbetulkan.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo