NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PADU: 'Kalau belum bersedia, janganlah umum dulu'- Hamzah

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menggesa supaya kerajaan menangguhkan proses pendaftaran PADU sehingga beberapa kecacatan keselamatan selesai dibaiki.



SHAH ALAM - Ketua pembangkang menyindir kerajaan mengenai kegagalan yang berlaku terhadap sistem pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) sejak ia dilancarkan pada Selasa lalu.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sepatutnya persediaan rapi perlu dilakukan terlebih dahulu mengumumkan kepada orang ramai mengenainya.

“Macam-macam kritikan dah kita dengar terhadap PADU yang dilancarkan YAB Perdana Menteri, Selasa lalu.

“Bukan sahaja penyokong kuat kerajaan yang mengkritik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat juga sudah bersuara. Apahal lah kerajaan ni... kalau belum bersedia janganlah umum dulu..,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menggesa supaya kerajaan menangguhkan proses pendaftaran PADU sehingga beberapa kecacatan keselamatan selesai dibaiki.

Jelas beliau, langkah itu perlu kerana wujud permasalahan dalam sistem tersebut termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data.

PADU dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Objektif sistem berkenaan adalah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar bagi membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan.

Sistem PADU termasuk penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Maklumat profil akan diperoleh melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan sebahagiannya akan dikemas kini oleh individu.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo