NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PADU jadi lemah kerana pelaksanaannya tergesa-gesa – Shahir



KUALA LUMPUR – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) didakwa mempunyai banyak kelemahan kerana pelaksanaannya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa persediaan rapi.

Aktivis politik, Shahir Adnan berkata, secara idealnya PADU merupakan pangkalan data utama negara yang komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat dengan menggabungkan semua jenis data rakyat Malaysia.

“Namun begitu, pelancaran PADU dilihat sangat tergesa-gesa dan huru-hara. Selain masalah teknikal dan keselamatan yang serius yang timbul sejak pelancaran undang-undang yang diperlukan untuk menjamin keselamatan data pengguna dan perkongsian data pengguna masih belum digubal lagi.

“Pelancaran yang tergesa-gesa ini umpama mahu melepaskan batuk di tangga bagi melaksanakan subsidi minyak bersasar dengan kadar segera.

“Akibat masih tidak meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection 2010 atau PDP) yang mana mengecualikan kerajaan daripada sebarang liabiliti jika data bocor, maka kerajaan tidak perlu bertanggungjawab jika data kita semua dicuri.

“Harus diingat, data rakyat Malaysia yang berdaftar di AKPK diceroboh dan digodam pada 30 Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan.


Kelmarin, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, terdapat lima isu berbangkit mengenai PADU yang dikenal pasti dan boleh diatasi segera.

Beliau berkata, isu yang pertama adalah melibatkan nombor kad pengenalan digunakan untuk ‘override’ dan tukar kata laluan.

Rafizi berkata, kelemahan dalam pengendalian authentication ini tidak ditemui semasa Security Posture Assessment (SPA), namun pasukannya telah mengambil tindakan segera serta penyelesaian telah dilaksanakan dalam tempoh satu jam.

“Akta Omnibus juga belum digubal dan dilulus dalam parlimen. Tanpa Akta Omnibus menjadi undang-undang, agensi-agensi kerajaan sebenarnya terhalang daripada berkongsi data antara satu sama lain termasuk berkongsi data dengan database PADU. Apa penjelasan Rafizi berkenaan hal ini?

“Akhir sekali, sekiranya masalah-masalah ini dapat diatasi, maka sistem PADU merupakan sistem paling efektif di Malaysia. Cuma kita berharap agar data ini tidak digunakan untuk tujuan politik meraih undi dalam PRU-16 nanti,” tambahnya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo