Ini bukan kali pertama Ngeh Khoo Ham buat perangai bi@dab yang mencabar Islam dan Melayu dalam negara kita. Kalau korang ingat lagi dulu dia pernah kritik demonstrasi terhadap filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menghina Rasulullah SAW.
Ketika tu, Pemuda PAS dan UMNO merancang demonstrasi bagi membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang kita cintai. Korang tahu apa respon Ngeh? Dia kata kita muslim buang masa dan tenaga jer nak berdemonstrasi. Eh Rasulullah SAW kot yang dihina.
Seterusnya ada orang pernah tanya white coffee di Kopitiam yang kononnya milik Ngeh tiada sijil halal. Dia boleh pertikai kenapa minum kopi perlu ada sijil halal. Keperluan halal ni manusia tambah, bukan tuhan suruh. Siapa dia nak pertikai halal haram bagi umat Islam?
Ada satu masa tu kecoh bila tindakan pejabat kerajaan yang mengenakan etika berpakaian. Masa tu ada seorang bukan Islam yang terlibat kemalangan dan tidak dibenarkan masuk ke balai polis kerana berpakaian tidak menepati etika berpakaian. Dia timbulkan dalam Parlimen dan kritik Ketua Polis Negara dan Polis Diraja Malaysia dalam isu ni.
Benda ni dia ulang lagi apabila mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak membenarkan seorang pelanggan yang tidak patuhi etika pemakaian ketika cuba memasuki pejabat SSM. Dia kata tindakan ini satu bentuk diskriminasi.
Seterusnya Ngeh pernah mendesak Kerajaan memadamkan perkataan “Islam” dalam kad pengenalan 137 Orang Asli Bateq Maya. Mereka ni failkan dimahkamah kononnya penukaran agama mereka ke Islam adalah salah dan haram. Mahkamah Tinggi Kuantan telah menolak permohonan ni.
Yang kita tak faham apa hal Ngeh pulak nak desak Kerajaan untuk padamkan perkataan Islam? Adakah selepas ini semua permohonan keluar dari Islam atas alasan sama kerajaan kena layan?
Terbaru, dia mencadangkan supaya bukan Islam dilantik untuk bantu gubal undang-undang syariah. Perkara ini mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak termasuk DYMM Sultan Selangor yang bertitah supaya bukan Islam jangan campuri hal ehwal Orang Islam.
Korang tahu setiap kali Ngeh ni buat perangai, DAP akan kata tu pendirian peribadi dia. Kemudian Ngeh akan minta maaf. Lepas tu dia akan buat balik. Benda ni sentiasa berulang, seolah-olah DAP ni sengaja menghantar Ngeh untuk “test market” kesabaran umat Islam.
Buktinya DAP sendiri tidak pernah ambil tindakan disiplin keatas Ngeh atas segala kontroversi yang pernah dia buat sebelum ni. Sebab aku rasa DAP perlukan Ngeh untuk terus mencabar hak orang Islam dan Melayu serta pertikaikan kontrak sosial yang telah wujud sejak sekian lama. Ngeh ni macam “Bad Boy” DAP lah.
Harini (3 Januari 2024) jam 12.30 tengahari, akan dianjurkan demonstrasi di Ibu Pejabat DAP. Aku mengesa setiap umat Islam untuk hadir bersama. Kita perlu desak supaya Ngeh Khoo Ham tidak terlepas kali ni.
Ngeh mesti disiasat dan didakwa kerana telah mencabar isu 3R dengan sengaja. DAP juga perlu buktikan mereka tidak terlibat dengan kebiadaban Ngeh dengan memecat Ngeh daripada DAP dan minta dia letak jawatan Ahli Parlimen serta merta.
No comments
Post a Comment