Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, Mufti malah asasnya orang yang berkelayakan mengeluarkan fatwa kerana memiliki ilmu agama mendalam serta memiliki syakhsiah terpuji.
Di Malaysia menurutnya, fungsi Mufti adalah termaktub dalam Enakmen Negeri-negeri secara jelas, misalnya di Selangor iaitu berdasarkan Seksyen 45, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
“Mufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini,” petik beliau.
Tegasnya, jelas di dalam hal tersebut, seorang Mufti adalah individu yang berpengaruh dalam memberikan nasihat kepada Sultan yang merupakan Ketua Agama bagi negeri yang diperintah.
Selain itu terang beliau, asasnya secara uruf nasihat dan pandangan hukum daripada Mufti adalah amat penting dalam memandu masyarakat Islam berkenaan pengamalan sesuatu yang tidak bercanggah dengan syarak.
“Walaupun dari sudut perundangan, ada perbezaan di antara fatwa yang juga adakala disebut pandangan hukum dalam sesuatu keadaan dengan nasihat peribadi yang dikeluarkan.
“Namun asasnya ia datang dari orang yang sama, hanya yang membezakan pandangan itu termasuk dalam konteks perundangan atau sekadar nasihat agama secara umum. Sebab itu, sekalipun sesuatu nasihat secara peribadi yang dikeluarkan oleh seseorang Mufti perlu didengari dan dihormati.
“Amat malang apabila melihat suasana mutakhir ini, suara Mufti bagaikan tenggelam, nasihat yang diberikan tidak lagi membekas. Sedangkan nasihat yang diberikan pastinya demi kebaikan agama, ummah dan negara,” ujarnya.
Ustaz Nasrudin menyenaraikan berkenaan teguran Mufti Wilayah, Prof Datuk Dr Luqman Abdullah terhadap konsert Coldplay, namun dianggap bahawa ia hanya pandangan sahaja bukan fatwa.
Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga katanya, dilihat memohon maaf selepas nasihat bagi menyarankan konsert ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.
“Terkini, apabila Mufti Wilayah menasihat kepada mereka yang bekerja di perbankan konvensional untuk usaha dan ikhtiar mencari pekerjaan patuh syariah turut mendapat komen dari Menteri Agama,” katanya.
Senator Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar sendiri ujar beliau, menggesa Mufti lebih berhati-hati dan mengikut panduan dalam sesuatu kenyataan, sedangkan nasihat Mufti sarat dengan dalil dan penghujahan yang jelas.
Malah menurut Ustaz Nasrudin lagi, nasihat atau pandangan tersebut tidaklah menghukum melulu melainkan dinyatakan proses ke arah usaha yang lebih baik berdasarkan panduan.
“Sewajarnya nasihat Mufti ini disokong dan diperkemaskan dari sudut perancangan di pihak Menteri Agama pula, bukan dilihat seakan menunjukkan nasihat dari Mufti mempunyai isu pula,” ujarnya.
Demikian itu beliau menyeru supaya kedudukan besar seorang Mufti dalam memberikan nasihat umum kepada ummah sebagaimana juga fungsi khusus dalam menasihati Sultan serta mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa itu disedari semua.
Katanya, nasihat peribadi dari Mufti juga wajar dihormati kerana dari sudut agama, pandangan orang alim adalah demi kebaikan agama, ummah dan negara itu sendiri. – HARAKAHDAILY 31/1/2024

........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment