NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Naib ketua Wanita PKR kata pelantikan ke lembaga pengarah PKA ‘ wanita’

Poster tahniah atas pelantikan Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar, ke lembaga pengarah PKA.


PETALING JAYA: Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar berkata pelantikannya ke lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) belum disahkan, walaupun ketuanya, Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah dalam poster di media sosial.

Terdahulu, ada media menyifatkan pelantikan Sangetha sebagai ‘pelantikan politik’ dalam badan yang dikendalikan kerajaan, walaupun PKR dan Pakatan Harapan beberapa kali berikrar akan mengehadkan amalan itu.

“Saya tidak mahu ulas kerana saya belum terima sebarang hitam putih,” katanya kepada FMT, ketika ditanya tentang kritikan sekitar pelantikannya.

Pengerusi PKA adalah Ean Yong Hian Wah, yang juga timbalan pengerusi DAP Selangor dan bekas Adun Seri Kembangan.

Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih, menggesa kerajaan pertimbang semula pelantikan Ean Yong, mengatakan ia harus dibuat berdasarkan merit dan bebas daripada pengaruh politik.

Dalam poster lain di media sosial, Fadhlina mengucapkan tahniah kepada timbalannya, Juwairiya Zulkifli atas pelantikan sebagai timbalan pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Sangetha berkata PKR memperkasakan wanita dengan mengangkat mereka ke jawatan-jawatan kepimpinan. “Dalam pelantikan sebelum ini, lebih 90% diberi kepada lelaki.”

“Lebih ramai wanita di jawatan kepimpinan bagus untuk negara,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo