Murid SK Kampung Maju Jaya, Kempas, Johor Bahru dipindahkan ke tempat selamat sebelum dibawa pulang ke rumah masing-masing selepas sekolah mereka dilanda banjir pada Ahad |
JOHOR BAHRU - Murid sesi petang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Kempas di sini pada Ahad berdepan detik cemas apabila banjir melanda sekolah itu semasa baru bermula pada tengah hari.
Keadaan itu menyebabkan pihak pengurusan sekolah tersebut bertindak pantas menghubungi ibu bapa supaya membawa pulang anak masing-masing kerana bimbang keadaan bertambah teruk.
Seorang ibu murid, Zainureeza Zainuddin, 39, berkata, dia menerima panggilan daripada guru sekolah yang memaklum keadaan banjir tersebut selepas hampir kira-kira satu jam menghantar anaknya ke sekolah.
"Ketika berjalan mengambil anak di sekolah, saya terpaksa meredah air banjir yang naik sehingga paras satu meter di laluan berhampiran sekolah.
"Mujur laluan belakang masih selamat digunakan kerana air hanya naik sehingga paras buku lali. Kami bersyukur kerana anak mahupun rakan sekolahnya yang lain selamat," katanya kepada pemberita.
Dia memuji guru-guru sekolah berkenaan yang bertindak pantas memindahkan murid ke lokasi selamat di sekolah sebelum ibu bapa membawa mereka pulang anak mereka.
Sementara itu, Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan, 54, berkata, banjir kali ini lebih buruk berbanding tahun lalu kerana kali ini air naik lebih satu meter.
"Terdapat pusat pemindahan sementara (pps) juga dibuka dan mangsa menghampiri 90 orang. Diharap cuaca lebih baik esok serta air banjir juga surut," katanya ketika dihubungi.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment