NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘MSM rugi RM200 juta, bukan alasan naikkan harga gula’




KUALA LUMPUR: “Berdasarkan laporan tahunan kewangan 2023, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) mengalami kerugian hampir RM200 juta, namun ia  bukanlah alasan untuk menaikkan harga gula.

Aktivis politik, Shahir Adnan berkata demikian sambil menambah, kenaikan harga gula srekali lagi akan memberi impak secara langsung kenapa pengguna dan kesan tidak langsung terhadap harga minuman dan sebagainya. 

“Harus diingat pada 25 Mei tahun lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan kerajaan telah membenarkan MSM mengeluarkan gula putih bertapis jernih yang harganya tidak dikawal kerajaan, sebaliknya ditentukan pasaran. 

“Kerajaan dan MSM sewajarkan memikirkan kesan langsung kenaikan harga gula kepada rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad, Hasni Ahmad pada 16 Januari lalu mencadangkan agar pihak kerajaan menaikkan harga gula paket sekilogram dinaikkan kepada RM3.85, berbanding RM2.85 pada ketika ini. 

Hasni dalam satu kenyataan memberitahu, buat masa ini syarikat berkenaan telah beroperasi dalam kerugian apabila harga jualan gula tidak munasabah mengikut kos operasi. 

Pihaknya juga sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi langkah menaikkan harga sekilogram gula kasar sebanyak RM1. Gula pada masa ini adalah produk yang dikawal harga oleh kerajaan dan bukannya produk bersubsidi.

MSM pada masa ini, ujar Hasni,  telah menampung margin keuntungan yang negatif bagi jualan gula runcit dan borong berbanding dengan kos pengeluaran, sekali gus menjadikan harga ketika adalah tidak bersesuaian.”

Sementara tambah Shahir, sekiranya pihak kerajaan bersetuju dengan permintaan MSM, ini bermakna harga akan gula akan naik sebanyak 35 peratus sekiranya ia dilaksanakan.

MSM mengendalikan perniagaan gula FGV Holdings Berhad (dahulunya dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad). Ia mengeluarkan, memasarkan dan menjual produk gula bertapis.

Sehubungan itu, Shahir menyatakan, adalah dibimbangi bahawa dengan kenaikan harga gula, permintaan dalam negara bakal berkurang, maka gula akan dieksport keluar negara secara besar-besaran. 

“Ketika itu, dengan bilangan bekalan gula yang kurang, harga gula akan kekal mencanak naik sehingga berterusan membebankan kehidupan rakyat di Malaysia,” katanya.  HARAKAHDAILY  19/1/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo