NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP boleh isytihar sokong sesiapa untuk jadi PM tanpa keluar parti - Pemuda Pas



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ahli Parlimen boleh mengisytiharkan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tanpa keluar parti.

Menurutnya, meskipun Akta Anti Lompat Parti telah dikuatkuasakan, perkara itu masih boleh dilaksanakan dan terbukti berdasarkan sokongan dibuat oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang sebelum ini.

"YAB TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kata selepas diperkenalkan akta anti lompat parti, semua keputusan kena buat secara en bloc, tak boleh ingkar arahan ketua parti.

"Saya nak perbetulkan sikit, walaupun ada Akta Anti Lompat Parti, ahli Parlimen boleh isytihar sokong sesiapa jadi Perdana Menteri tanpa keluar parti.

"Ia terbukti semasa beberapa Ahli Parlimen PN (Perikatan Nasional) nyatakan sokongan kepada PMX (Anwar) bahkan dialu-alukan oleh pihak kerajaan.

"Terima kasih kepada Kuala Kangsar, Labuan, Jeli, Gua Musang dan Bukit Gantang yang membuktikan kelemahan Akta Lompat Parti. Penyokong PADU (PKR Amanah DAP dan UMNO) tentu setuju fakta ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ahmad Zahid dilapor berkata, beliau yakin kaedah menumbangkan kerajaan untuk diganti dengan yang baharu kini tidak lagi boleh dibuat melalui kaedah akuan bersumpah (SD).

Katanya, keadaan sudah berubah dengan adanya akta baharu yang mengekang tindakan ahli parlimen 'melompat'.

Sebarang keputusan besar juga perlu dibuat oleh parti secara en bloc jika mahu menukar kerajaan.



Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo