NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Miti teliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025

 
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, berkata sasaran 10,000 stesen pengecas EV negara pada 2025 disifatkan ‘agresif’. 


PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) negara menjelang 2025 seperti ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi, namun jumlah tersebut jauh daripada sasaran awal itu yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut, bagaimanapun beliau bersama-sama rakan Jemaah Menteri akan melihat semula sama ada sasaran itu boleh dicapai ataupun tidak.

“Nampaknya ‘target’ (sasaran) itu agak agresif kerana ada banyak isu yang perlu kita tangani dan ia melibatkan banyak proses dan agensi seperti proses kelulusan dan agensi seperti Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak-pihak lain,” kata Tengku Zafrul.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan pelan langganan pascabayar pemilikan e-motosikal.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo