NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

McDonald’s Malaysia ‘buli’ BDS Malaysia, BDS antarabangsa gesa kempen boikot diperhebatkan



  • Tindakan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia yang didakwa memfitnah syarikat francais itu dilihat sebagai perbuatan ‘membuli’ dan menakut-nakutkan gerakan tersebut.
  • Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC) berkata gerakan itu tidak melancarkan kempen memboikot syarikat terbabit sebaliknya ia berlaku secara organik apabila sokongan memboikot produk berkenaan semakin berkembang di Malaysia.
  • “Daripada menekan syarikat induknya, McDonald’s Corporation untuk menamatkan perjanjian francaisnya yang memalukan di Israel, McDonald’s Malaysia dan pemiliknya dari Arab Saudi berusaha keras menutup suara solidariti aman memperjuangkan pembebasan Palestin di Malaysia. 
  • “Kita tidak boleh membiarkan ini berlalu. Mari tunjukkan McDonald’s apa yang boleh dilakukan oleh boikot akar umbi. BNC menyeru semua penyokong hak Palestin untuk meningkatkan boikot global McDonald’s,” katanya dalam kenyataan BDS Movement pada Rabu.
  • Pada 30 Disember lalu, media melaporkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia yang dilakukan berdasarkan nasihat undang-undang luar bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat makanan segera itu.

KUALA LUMPUR – Tindakan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia yang didakwa memfitnah syarikat francais itu dilihat sebagai perbuatan ‘membuli’ dan menakut-nakutkan gerakan tersebut.

Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC) berkata gerakan itu tidak melancarkan kempen memboikot syarikat terbabit sebaliknya ia berlaku secara organik apabila sokongan memboikot produk berkenaan semakin berkembang di Malaysia.

Katanya, kempen menentang McDonald’s menjadi popular apabila pemegang francais di Israel menyumbangkan makanan dan minuman kepada anggota tentera rejim Israel yang melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mempromosikan bentuk persekongkolan yang sangat provokatif dan perkauman itu di media sosial.

Jawatankuasa itu berkata merujuk prinsip panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, syarikat induk boleh dipertanggungjawabkan apabila gagal menjalankan tugas ketika ada pihak mereka terlibat pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

“McDonald’s Malaysia kini membuli dan menakut-nakutkan BDS Malaysia — yang juga tidak melancarkan kempen ini — kerana sokongan popular untuk memboikot McDonald’s semakin berkembang di Malaysia dan di mana-mana sahaja.

“Daripada menekan syarikat induknya, McDonald’s Corporation untuk menamatkan perjanjian francaisnya yang memalukan di Israel, McDonald’s Malaysia dan pemiliknya dari Arab Saudi berusaha keras menutup suara solidariti aman memperjuangkan pembebasan Palestin di Malaysia. 

“Kita tidak boleh membiarkan ini berlalu. Mari tunjukkan McDonald’s apa yang boleh dilakukan oleh boikot akar umbi. BNC menyeru semua penyokong hak Palestin untuk meningkatkan boikot global McDonald’s,” katanya dalam kenyataan BDS Movement pada Rabu.

BNC berkata kempen berkenaan perlu dipertingkatkan sehingga McDonald’s menamatkan perjanjiannya dengan pemegang francais Israel atas sokongan mereka terhadap jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai dilakukan zionis.

Katanya, McDonald’s juga perlu menamatkan perjanjian dengan pemegang francais Malaysia, melainkan pihak berkenaan membatalkan tuntutan mahkamah terhadap BDS Malaysia dan memohon maaf kerana memburuk-burukkan kumpulan dan pemimpin gerakan itu.

Pada 30 Disember lalu, media melaporkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia yang dilakukan berdasarkan nasihat undang-undang luar bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat makanan segera itu.

Syarikat itu dalam kenyataan mengulangi pendirian McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti atau yuran francais daripada operasi restoran untuk menyokong sebarang sebab politik atau konflik di mana-mana bahagian dunia.

“Mereka mendakwa perniagaan terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu, keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” kata BDS Malaysia di X selepas mengesahkan menerima  menerima writ saman itu.

Gerakan itu juga mendapatkan khidmat firma guaman dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci selepas menerima nasihat peguam. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo