NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA tak akan jadi ‘Balaci’ Kerajaan Perpaduan



KUALA LUMPUR – MCA tidak akan menjadi ‘pak turut’ semata-mata dalam isu melibatkan kepentingan rakyat dan terus menegur Kerajaan Perpaduan secara konstruktif.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MCA menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun menurut beliau, MCA tidak menganggotai Kabinet dan tidak terlibat dalam penggubalan dasar kerajaan peringkat kementerian atau Jemaah Menteri.

“Peranan MCA di Parlimen tetap sebagai ‘semak dan imbang’ di dalam sistem demokrasi.

“Lagi pun, pada ketika ini, tiada pula ahli Parlimen keturunan Cina dari blok pembangkang untuk memberi semak dan imbang. Kalau bukan MCA, siapa lagi?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ka Siong mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam sebuah akhbar hari ini yang mendakwa MCA sebagai ‘agak sesat’ ekoran kritikan yang disuarakan oleh para pemimpin parti itu terhadap kerajaan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memberitahu, kritikannya berhubung aplikasi MyJPJ, kos tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak, masalah bekalan telur ayam dan caj kod QR DuitNow adalah semata-mata kerana rakyat.

Beliau menambah, isu terbaharu melibatkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari.

Ka Siong merayu agar SST dikecualikan terhadap perkhidmatan tersebut dan Timbalan Premier Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Ahli Parlimen Kuching dari DAP, Dr Kelvin Yii juga senada dengannya.

“Takkan saya didakwa bersubahat dengan Kui Hian dan Kelvin untuk memburukkan imej kerajaan?” soalnya.

Menurut beliau, MCA akan menyokong sepenuhnya dasar kerajaan yang memanfaatkan rakyat namun pemimpin-pemimpin parti itu akan bersuara jika sebaliknya walaupun DAP memandang remeh terhadap dua wakil MCA di Dewan Rakyat.

“Teresa dan sekutunya boleh terus ‘membisu’ tapi itu hak dan tanggungjawab saya untuk bersuara. Sila hormati dan raikan perbezaan pandangan serta kebebasan bersuara,” katanya. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo