Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, mereka juga turut diraikan oleh pimpinan kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat.
Katanya, begitu juga tahun ini pimpinan kerajaan Kelantan semua peringkat akan menyantuni masyarakat berkenaan sama ada di peringkat Undangan Negeri (DUN), Parlimen atau peringkat negeri.
“Kami bersama Anggota Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan pimpinan Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil, bersama-sama hadir ke Dewan Terbuka Persatuan Yit Lan bagi memeriahkan Majlis Sumbangan Ang Pow kepada Warga Emas Kuala Krai.
“Sumbangan ini diberikan sempena meraikan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 10 Februari depan,” katanya lagi.
Hilmi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil turut menyampaikan sumbangan angpau kepada penerima khususnya warga emas.
Sempena program itu juga turut diadakan pameran dan persembahan seni Kaligrafi Cina di pekarangan Tokong Merah Yit Sing Kong.
Program itu adalah anjuran Persatuan Hakka Kuala Krai dengan kerjasama NGO dan persatuan-persatuan kebajikan yang ada di sekitar Kuala Krai. – HARAKAHDAILY 27/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment