Menurut beliau, ini bagi menyokong hasrat parti untuk mewujudkan lebih ramai lagi golongan berpengaruh atau pun ‘public opinion’ yang dapat meningkatkan imej PAS.
“Kita sebenarnya tidak ketandusan para profesional yang sebenarnya terkenal, tetapi orang ramai tidak tahu bahawa mereka adalah ahli PAS.
“Cuma kita kena dekati mereka, beri mereka galakan agar mereka dapat mendedahkan bahawa mereka adalah ahli dan penyokong PAS,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada program Liqa’ Fikri anjuran Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat yang berlangsung di City Meridian Convention Centre, di sini, hari ini.
Sebelum itu di dalam program yang sama, Naib Presiden PAS yang juga pengerusi lajnah tersebut, Datuk Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya mahu agar dibentuk kumpulan profesional yang boleh menjadi ‘public opinion’ dengan kebolehan menulis sesuatu pandangan di dalam bahasa asing.
Namun, kata Ustaz Imran, mungkin mereka akan berhadapan kekangan dari segi tekanan oleh kerajaan memandangkan PAS adalah parti pembangkang.
“Itu adalah perkara yang berlaku sejak dahulu yang menghalang para profesional ini daripada mendedahkan diri mereka adalah penyokong atau ahli PAS.
“Saya rasa hanya mereka yang berani dan cekal sahaja yang sanggup mendedahkan sokongan mereka terhadap PAS,” ujarnya.
Selain itu, katanya, usaha juga perlu dilakukan untuk menarik golongan profesional yang masih belum menyertai PAS agar menyertai parti itu bagi meningkatkan lagi beradaan golongan tersebut.
“Saya percaya masih ramai lagi golongan profesional yang mahu bersama PAS, tetapi mereka tidak mendapat galakan yang sewajarnya.
“Perkara seperti ini selalu berlaku dan tidak mustahil. Mereka juga mahu menyumbang kepada kejayaan PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment