NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuhkan pencen ahli politik, wakil rakyat dahulu sebelum penjawat awam – CUEPACS



  • Kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang puratanya berkhidmat untuk negara ini melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan. 
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendirian sedemikian kerana penjawat awam ketika ini kebanyakannya memilih skim berpencen yang dianggap lebih baik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan kelak.  
  • Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata dengan skim gaji perkhidmatan awam yang masih rendah ketika ini, skim caruman KWSP dilihat tidak membantu penjawat awam untuk mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan.
  • Katanya, ketika ini ahli politik dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, ADUN, termasuk yang dilantik ke jawatan eksekutif seperti EXCO negeri, menteri serta timbalan menteri layak untuk menerima pencen.
  • “Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan ini terlebih dahulu, langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun saja. Kumpulan ini bukan saja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun,” katanya dipetik Berita Harian hari ini. 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang puratanya berkhidmat untuk negara ini melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan. 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendirian sedemikian kerana penjawat awam ketika ini kebanyakannya memilih skim berpencen yang dianggap lebih baik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan kelak. 

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata dengan skim gaji perkhidmatan awam yang masih rendah ketika ini, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu penjawat awam untuk mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan.

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya dipetik Berita Harian hari ini. 

Adnan berkata kerajaan perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik, jika kekangan kewangan yang menghalang kerajaan untuk meneruskan skim pencen perkhidmatan awam selepas ini.

Katanya, ketika ini ahli politik dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk yang dilantik ke jawatan eksekutif seperti EXCO negeri, menteri serta timbalan menteri layak untuk menerima pencen.

“Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan ini terlebih dahulu, langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun saja. Kumpulan ini bukan saja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.

“Keutamaan kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji bagi kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam saja,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum terus menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu kelak.

“Pandangan CUEPACS jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati penjawat awam ketika ini.

“Kerajaan harus memastikan gaji diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa sama, gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

“Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ini, ia hendaklah terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima pencen ketika ini,” kata Adnan. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo