NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuh pencen mungkin jimat belanja, tapi beri kesan sosioekonomi, kata pakar

Kabinet meluluskan pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, sebaliknya akan mencarum dengan KWSP.


PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat pemansuhan skim pencen bagi pengambilan penjawat awam baharu mungkin memberi kesan berbeza terhadap perbelanjaan kerajaan dan sosioekonomi.

Dari sudut penjimatan, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berpandangan kesannya mungkin tidak dapat dilihat dalam jangka pendek susulan kerajaan perlu menanggung caruman 13% Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Jumlah mungkin tidak berkurang setiap tahun, cuma dapat menjimatkan mungkin dalam masa 40 tahun lagi,” katanya kepada FMT mengulas keputusan Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen di mana kumpulan penjawat awam itu akan mencarum dengan KWSP.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam satu pekeliling berkata inisiatif kaedah baharu itu yang dalam fasa pindaan undang-undang berkaitan dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam jangka panjang.

Bagaimanapun Barjoyai berkata perubahan skim pencen kepada caruman KWSP juga mungkin memberi kesan kepada sosioekonomi kerana negara berkemungkinan berisiko mengalami penyusutan jumlah penjawat awam pelbagai sektor.

“Contohnya kita bayangkan, kumpulan pendidikan, doktor mahupun jurutera, semua tidak akan berminat lagi bekerja dengan kerajaan kerana mereka tidak ada potensi untuk mendapat pencen.

“Kemungkinan dalam jangka panjang produktiviti sektor awam menurun dan ini boleh beri kesan kepada prestasi ekonomi yang bergantung kepada projek dirancang kerajaan dilaksanakan kumpulan perkhidmatan awam ini,” jelasnya.

Abu Sofian Yaacob dari Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) pula mencadangkan kerajaan menaikkan gaji dan caruman KWSP bagi memastikan keselamatan kewangan kakitangan yang tidak lagi menerima pencen akan terjamin.

Menurut beliau, langkah ini akan membantu meningkatkan pendapatan sampingan dan simpanan persaraan kakitangan awam, serta mendorong pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka panjang.

“Kenaikan ini untuk gantikan hilang pencen, serta caruman kepada KWSP oleh pihak kerajaan perlu dinaikkan sehingga 20%,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo