NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuh pencen: Jangan tolak rakyat dulu



KUALA LUMPUR – Sepatutnya menteri dan wakil rakyat yang mendahului penjawat awam dalam pemansuhan skim pencen yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon berkata, beliau akui kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan yang berat.

Namun, katanya, jangan menolak rakyat ke depan dulu.

Apatah lagi, sektor kesihatan negara masih mengalami kekurangan staf seperti doktor dan jururawat yang serius.

Tegasnya, isu ini akan semakin teruk sekiranya rakyat tidak mahu berkhidmat dengan pemansuhan pencen dan tawaran kontrak ini.

“Skim gaji juga perlu dikaji semula bagi memastikan perkhidmatan awam kita kompetitif. Sebarang dasar dilaksanakan perlu ditelitikan dan memastikan ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula dasar tersebut dan janganlah hanya melibatkan pencen penjawat awam sahaja.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen selepas ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Menurutnya, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo