NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahfuz, Hatta dilantik Naib Presiden Amanah



KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Ahli Parlimen Kuala Krai, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli dilantik sebagai Naib Presiden Amanah bagi sesi 2023 dan 2026.

Pelantikan itu melengkapkan senarai Naib Presiden selepas pemilihan berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam pengundian yang berlangsung, Mahfiz mendapat 694 undi iaitu pada kedudukan kelima tertinggi undi terbanyak manakala Mohd. Hatta pula mendapat 549 undi dan pada kedudukan 11.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil yang mendapat 527 undi dan berada dalam kedudukan ke-12 pula dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Manakala bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dikekalkan sebagai Pengarah Komunikasi.

“Berteraskan semangat agenda perpaduan yang diangkat sebagai tema Konvensyen Amanah Nasional 2023, Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) dalam mesyuarat pertama pada hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, sebulat suara memutuskan perlantikan jawatan-jawatan pengurusan merangkumi gandingan pimpinan berpengalaman dan muda di kalangan 27 orang JKP yang dipilih dalam Konvensyen Amanah Nasional pada 24 Disember 2023,” kata Muhamad Faiz dalam kenyataan.

Katanya, pelantikan tersebut dibuat atas kesedaran tuntutan politik yang semakin mencabar dan bagi meningkatkan komitmen untuk bergerak dengan lebih jitu bagi sesi 2023-2026.

Ia juga bagi memastikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal utuh dan stabil demi menjamin pembangunan negara yang mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera.

Berikut senarai penuh kepimpinan Amanah 2023 hingga 2026:

Presiden: Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Presiden: Datuk Seri Mujahid Yusof
Naib Presiden: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Dr Siti Mariah Mahmud, Adly Zahari, Datuk Mahfuz Omar dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Setiausaha Agung: Muhammad Faiz Fadzil
Timbalan Setiausaha Agung: Pn Norhayati Bidin
Penolong Setiausaha: Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha: Ustaz Ridzwan Abu Bakar
Setiausaha Organisasi: Abang Mohd Kerdee Abang Masagus
Bendahari Agung: Ir Izham Hashim
Pengarah Komunikasi: Khalid Abd Samad
Pengarah Strategi: Ahmad Sabki Yusof
Pengarah Pembangunan Sumber Manusia: Suhaizan Kaiat
Pengarah Syariah: Datuk Dr Hasan Bahrom
Pengarah Pilihanraya: Mohd Sany Hamzan. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo