Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Awang Hashim mengimbas petunjuk tersebut daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia iaitu 4.73 berbanding Dolar Amerika Syarikat yakni paras terendah sejak 26 tahun.
“Sebenarnya pada tahun lepas iaitu Oktober 2023, Malaysia juga mencatat Ringgit terendah dalam sejarah pada harga 4.79 berbanding Dolar AS. Sejak Jun 2023, Ringgit tidak pernah naik melebihi paras 4.50 berbanding Dolar AS.
“Ringgit juga jatuh kepada 3.53 berbanding Dolar Singapura. Sejak tahun 2020, pada tahun 2023 inilah tahun pertama Ringgit Malaysia jatuh melebihi paras 3.50 berbanding Dolar Singapura,” ujarnya.
Ahli Parlimen Pendang itu turut membentangkan data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang telah mengeluarkan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ke-4 tahun 2023.
Beritahunya, secara keseluruhan menurut data dikeluarkan itu, KDNK Malaysia berkembang hanya 3.8 peratus sahaja pada tahun 2023 berbanding pertumbuhan 8.7 peratus pada 2022.
Bahkan menurut beliau, kadar pertumbuhan setiap suku tahun (ST) pada 2023 juga lebih rendah iaitu ST1 sebanyak 5.6 peratus, ST2 (2.9%), ST3 (3.3%) dan ST4 (3.4%) berbanding tahun 2022 iaitu ST1 (4.8%), ST2 (8.8%), ST3 (14.1%) dan ST4 (7.1%).
Malah kemuka Datuk Awang, jumlah dagangan Malaysia menyusut 7.3 peratus bagi tahun 2023 di mana telah menurun 10 bulan berturut-turut sejak Mac sehingga Disember, selain eksport menguncup 8 peratus dan import susut 6.4 peratus berbanding tahun 2022.
“Ada lebih kurang tujuh cukai akan dilaksanakan dan dinaikkan kadarnya pada tahun ini. Tarif elektrik dan tarif air dinaikkan. Subsidi petrol dan diesel ditarik. Jika M40 pun ada yang merungut gaji RM5,000 tidak cukup, bagaimana dengan B40 yang perlu mengais makan setiap hari?
Luah beliau, tidak terbanding data-data seperti ini buat renungan pemimpin dengan kisah realiti sebenar di lapangan dan baginya mustahil mereka tidak mendengar rakyat mengeluh rata-rata harga barang semakin tinggi.
Tempelaknya, jika tidak faham lagi punca semua itu di mana, baik diimbau sahaja analisis yang dibuat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi pembangkang suatu masa dahulu.
“Kenapa dahulu? Kerana dahulu beliau yang paling berjuang untuk rakyat dan untuk ekonomi negara. Apa kata PMX ?
“’Harga import naik sebab apa? Sebab ringgit jatuh? Sebab apa ringgit jatuh? Sebab hang tak reti jaga negeri ini’. ‘Harga ringgit jatuh kerana tidak stabil, orang tak yakin, pelabur tak masuk’,” petik Datuk Awang mengajuk bidasan Anwar.
Beliau sehubungan itu membawa renungan daripada kalimat pernah diungkapkan oleh ulama Indonesia, Prof Amrullah Karim atau Hamka bahawa dalam zaman revolusi banyak bertemu orang yang mencela keburukan pemerintah dan bersikap menentang.
“Tetapi kalau dia diberi suatu pangkat, mulutnya pun diam pada mulanya. Lepas zaman diam, berganti dengan zaman gembira. Lepas zaman gembira, terus meningkat kepada zaman menerima dan melakukan segala kesalahan yang dicelanya dahulu,” petik beliau. – HARAKAHDAILY 26/1/2024

........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment