NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan polis di seluruh negara terhadap Ngeh Koo Ham



MASJID TANAH: Walaupun telah meminta maaf, namun Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham perlu dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya dan terbaharu, satu laporan polis secara besar-besaran diadakan hari ini di seluruh negara terhadapnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Amirul Fahdzil Zahar berkata, gesaan tersebut  adalah disebabkan kenyataan yang telah dibuat  oleh pemimpin DAP itu tentang cadangan agar pakar bukan Islam dilibatkan dalam penggubalan undang-undang Islam negeri-negeri adalah sesuatu yang melampaui batas.

“PAS Kawasan Masjid Tanah dan Dewan Pemuda Kawasan membuat laporan polis ini agar perkara ini diambil serius dan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap Ahli Parlimen Beruas tersebut.

“Mudah-mudahan ia menjadi satu contoh kepada masyarakat di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya untuk menyentuh tentang aspek agama terutama tentang agama Islam, katanya kepada HarakahDaily.

Beliau berkata demikian usai membuat laporan polis berkaitan isu itu di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, tengah hari tadi.

Turut hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman; Naib YDP, Azmi Sambul serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Pemuda Kawasan.

“Pihak mai turut menggesa agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ngeh sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang,” katanya. .  HARAKAHDAILY  1/1/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo