NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lapan persoalan mengenai PADU perlu penjelasan kerajaan



SHAH ALAM - Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan Pas, Khairil Nizam Khirudin mengucapkan tahniah kepada seluruh penjawat awam dari tiga agensi utama yang terlibat secara langsung dalam membangunkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Bagaimanapun beliau berkata, selepas sehari dilancarkan, pelbagai maklum balas diterima terutama berkenaan kelemahan API (Application Programming Interface) dan kerisauan pada keselamatan siber yang digunakan.

Menurutnya, kerisauan itu wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara termasuk kementerian, badan berkanun Persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan.

Justeru beliau mengemukakan lapan persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan memandangkan dengan data yang ada, PADU boleh menjadi agensi kerajaan paling berkuasa.

"Pertama adalah mengenai apakah akta yang menyokong PADU dan kedua, apakah polisi serta dasar yang menyokong PADU?

"Ketiga, apakah polisi serta garis panduan yang menyokong PADU? Adakah PADU boleh dikongsi kepada sektor swasta serta apakah kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah single point of failure apabila menggunakan centralised database?” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Selain itu beliau mahu kerajaan menjelaskan teknik-teknik keselamatan siber yang digunakan dalam sistem PADU.

Khairil Nizam turut mempersoalkan apakah bidang kuasa Chief Government Security Officer (CGSO) termaktub dalam PADU.

“Apa pula jaminan kerajaan bahawa data yang diisi oleh rakyat dengan data sedia ada daripada beberapa agensi berkaitan yang lain adalah tepat seperti contoh pendapatan sampingan daripada sumber lain,” soalnya.

Beliau berkata, apabila pelaksanaan sistem itu dibuat sepenuhnya oleh penjawat awam, seharusnya keselamatan data peribadi perlu menjadi agenda utama oleh menteri kerana hal itu juga bersangkut tata kelola.

“Jika selesai masalah yang paling utama ini dan persoalan berbangkit yang lain, maka insya-ALLAH tiada masalah untuk PADU ini diterima dan disambut baik oleh semua,” katanya.


Sumber | Sinar harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo