Suffi Kamari (dua dari kanan) usai membuat laporan polis terhadap Ngeh Koo Ham di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Kuala Lumpur pada hari ini, 3 Jan 2024. |
Ketua Penerangan Pemuda PAS Gombak, Suffi Kamari menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah biadab kerana Koo Ham telah beberapa kali mengeluarkan pelbagai siri kenyataan yang berpotensi menimbulkan perbalahan kaum.
Menurutnya, perkara tersebut termasuklah mengenai isu agama Islam itu sendiri dan tidak wajar untuk Koo Ham untuk melakukan tindakan tersebut.
“Kita kena faham bahawa Datuk Ngeh Koo Ham bukan baru semalam menjadi ahli parlimen, lebih-lebih lagi ada latar belakang sebagai seorang peguam yang berpengalaman luas dalam negara ini… dan bagaimana orang sebegini boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak cermat ini?” tegasnya kepada HarakahDaily.
Beliau menyatakan sedemikian setelah mendengar kenyataan balas Setiausaha Agung DAP, Anthoney Loke Siew Fook yang mendakwa kenyataan Koo Ham melakukan tindakan tersebut sebagai satu kekhilafan.
Tambah beliau, perkara tersebut adalah tidak masuk akal yang mana laporan polis perlu dibuat supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat mengenai perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.
“Ini kerana kenyataan yang dilemparkan benar-benar melukakan hati umat Islam dan menyentuh Sultan Selangor, sultan kita semua dan ini merupakan satu perkara yang tidak elok diamalkan dalam sebuah negara yang menjunjung tinggi Kedaulatan Undang-Undang, Raja Berpelembagaan dan Islam itu sebagai agama rasmi negara ini,
“Tambahan pula permohonan maaf sangat naif dan kita minta tindakan yang lebih keras dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi menghadapi masalah sebegini,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pendakwah bebas Ustaz Imran Selamat yang turut tampil membuat laporan polis tersebut menyatakan bahawa kenyataan Koo Ham seolah-olah memperlekehkan Ketua Hakim Negara yang sedia ada.
Tambah beliau, pelantikan tersebut adalah tidak wajar kerana perkara tersebut seolah-olah ingin melihat pakar bukan Islam untuk mencampur tangan dalam urusan agama Islam itu sendiri.
“Selama ini Ketua Hakim ini tidak pakar ke dalam perundangan Islam?” soalnya.
Beliau menyatakan sebelum ini terdapat kenyataan berbentuk provokasi yang dilakukan seperti pengguguran perkataan Islam daripada kad pengenalan, orang Islam bebas untuk keluar agama (murtad), dan seumpamanya.
“Selepas itu bila ramai orang Islam marah solusi hanya sekadar minta maaf dan itu satu perkara yang tidak boleh dibiarkan sampai bila-bila pun,
“Jadi, saya harap perkara-perkara yang menjejaskan keharmonian perkauman dan agama dalam negara kita ini tidak dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment