NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

[KRONOLOGI] Kes kehilangan Bella



[KRONOLOGI] 

Berikut adalah kronologi kehilangan Mila Shamila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella:

[14 DISEMBER 2023] - Mila Shamila Samsusah atau Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kakak mangsa dakwa ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38 malam Bella ada tanyakan sesuatu.

[15 DISEMBER 2023] - Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

[16 DISEMBER 2023] - Laporan polis pertama mengenai kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

[18 DISEMBER 2023] - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

[27 DISEMBER 2023]

Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan

Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, sejak 14 Disember lalu.

[28 DISEMBER 2023]

Bella hilang: Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, sejak 14 Disember 2023 lalu.

[29 DISEMBER 2023]

Polis masih siasat kes kehilangan Bella

Tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember 2023 lalu akan ditentukan pada Sabtu.

Kehilangan Bella masih misteri, polis teruskan siasatan

Siasatan berhubung kehilangan Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella tetap diteruskan polis, meskipun penahanan teman lelaki wanita tersebut gagal merungkai misteri kehilangan ibu tunggal itu.

[30 DISEMBER 2023]

Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis

Teman lelaki kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wanita itu, dibebaskan dengan jaminan polis, petang Jumaat.

[31 DISEMBER 2023]

Bella hilang: Polis akan panggil semula teman lelaki jika perlu

Teman lelaki kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan dipanggil semula jika ada keperluan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kehilangan wanita itu.

[3 JANUARI 2024]

Bella hilang: Keluarga pasrah, harap ditemui segera

Anggota keluarga kepada Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang sudah 20 hari hilang tanpa khabar berita berharap akan ditemui segera.

Pihak keluarga dan orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, yang dipercayai hilang di daerah ini sejak 16 Disember lepas.

[8 JANUARI 2024]

Mayat ditemui dalam tong sampah bukan Bella

Polis mengesahkan mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan yang bunuh kejam dan ditemui di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka dua minggu lalu bukan Mira Sharmila, 32, atau Bella.

[10 JANUARI 2024]

Bella masih berada dalam negara, dua lagi ditahan bantu siasatan

Polis percaya ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu, masih berada di dalam negara.

[19 JANUARI 2024]

Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella

Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.

'Harap itu bukan Bella' - Keluarga

Keluarga berharap rangka tidak sempurna yang dijumpai dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, bukan ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember.

[20 JANUARI 2024]

Cebisan kain berhampiran rangka mungkin milik Bella - Kakak

Penemuan cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah memberi petunjuk kemungkinan besar ia adalah Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella.

Rangka disyaki Bella: Penduduk terkejut, dakwa tidak ada bau mayat

Penduduk di lokasi penemuan rangka manusia termasuk tengkorak di rumah sewa terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, mendakwa tidak mencium sebarang bau mayat sebelum ini.

Kes Bella: Penduduk yakin mangsa dibunuh di tempat lain

Penduduk di lokasi penemuan rangka manusia berserta tengkorak yang disyaki Mila Shamila Samsusah, 32, atau Bella, yakin wanita itu tidak dibunuh di kawasan tersebut.

Kes Bella: Bedah siasat rangka selesai, sampel patologi dianalisa

Polis beritahu bedah siasat ke atas rangka manusia tidak sempurna yang ditemukan di sebuah rumah terbengkalai di Jalan Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini sudah dijalankan.

Kes Bella: Teman lelaki antara tiga suspek direman

Teman lelaki kepada ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella antara tiga individu yang direman bagi membantu siasatan dalam penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah

[21 JANUARI 2024]

Kes Bella: Polis percepat keputusan DNA penemuan rangka

Polis Johor akan memohon keputusan ujian DNA ke atas sampel rangka manusia itu dipercepatkan bagi merungkaikan sama ada tulang itu milik Bella atau individu lain.

Kakak nafi cerita orang hendak 'hapus' Bella

Dakwaan kononnya ada orang yang ingin 'menghapuskan' Bella dinafikan oleh Norhisham Samsusah, 36, yang juga kakak kepada ibu tunggal Mira Sharmila, 32.

'Selepas 38 hari, kami hanya dapat rangka' - Kakak Bella

Kakak kepada Mila Sharmila, 32, atau Bella, melahirkan rasa terkilan dan mempersoalkan proses siasatan dijalankan terhadap kes kehilangan adiknya sejak 14 Disember tahun lalu.


Sumber | Sinar Harian



























........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo