NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerusi Parlimen kosong jika sertai PN – UMNO



KUALA LUMPUR – Mana-mana ahli Parlimen daripada UMNO yang bertindak menyertai Perikatan Nasional (PN) akan kehilangan kerusi mereka, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, sekiranya perkara itu berlaku, kedudukan mereka akan gugur dan kerusi tersebut akan diisytiharkan kosong.

“Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO memperutukan keahlian UMNO akan tergugur secara automatik sekiranya ahli UMNO yang telah dipilih sebagai ahli Parlimen dan kemudiannya menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO.

“Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan sekaligus bertentangan dengan pendirian parti,” katanya di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, perkara itu termaktub dalam Perlembagaan UMNO yang telah dipinda Januari tahun lalu.

Katanya, pindaan tersebut menghalang ahli-ahli Parlimen UMNO bertindak membelakangi apa jua keputusan parti termasuk menyertai apa juga pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Setiap ahli Parlimen UMNO dan BN (Barisan Nasional) juga terikat dengan perjanjian dan akujanji ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka terikat dengan bon berjumlah RM100 juta,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, sebarang pelanggaran menyebabkan mereka wajib membayar RM100 juta kepada parti sebagaimana kes Datuk Zuraida Kamaruddin melawan PKR di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bon RM10 juta yang ditetapkan parti berkenaan sah dan wajib dibayar.

“Semua pindaan ini dilakukan kerana mengambil iktibar ketidakstabilan politik yang memudaratkan rakyat dan negara selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) pada tahun 2018,” ujarnya.

Desas-desus timbul kononnya terdapat beberapa ahli Parlimen kerajaan didakwa bersekongkol dengan pembangkang bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ia dikuatkan lagi dengan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Ismail Yusop yang mendakwa wujud komplot Langkah Dubai didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan dengan matlamat menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo