Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendakwaan terpilih itu sebagai dendam politik terhadap pembangkang dan individu yang ada kaitan dengan PERIKATAN NASIONAL (PN).
“Bagi saya, PAS tidak ada masalah sekiranya ada bukti (rasuah) dan ia wajar diteruskan. Tetapi jika tidak ada, hanya sekadar buat jerangkap samar dengan membuat secara semberono sahaja.
“Saya lihat tindakan kerajaan sekarang hanya hendak menutup kegagalan pengurusan dan menangani kos sara hidup semakin meningkat,” ujarnya ketika ditemui di sini.
Terbaharu SPRM dilapor mengarahkan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli perniagaan, Mirzan Mahathir mengisytiharkan harta.
Pada akhir tahun lepas SPRM dilapor membuka siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berdasarkan maklumat Kertas Pandora sejak Februari lalu.
Pada kenyataan SPRM memaklumkan pihaknya tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Tun Daim melakukan sebarang kesalahan.
Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, PAS bimbang sekiranya siasatan dibuat hanya kerana seseorang itu hidup mewah atau berjaya dalam perniagaan cuba dipalit pula dengan tuduhan rasuah. – HARAKAHDAILY 22/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment