NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan berkuasa mutlak: Rakyat biasa tak patut lebih kaya daripada negara

Salleh Said Keruak berkata, amalan pengisytiharan aset yang betul dan percukaian yang adil ialah pendekatan positif yang harus dialu-alukan oleh semua pihak. 


PETALING JAYA: Seorang bekas menteri berkata, rakyat biasa atau keluarga tidak harus dibenarkan menjadi “lebih kaya” daripada negara, kerana ia boleh menyebabkan mereka mengawal dan mempengaruhi keputusan penting kerajaan dan sistemnya.

Salleh Said Keruak berkata, kerajaan tidak harus membenarkan wujudnya keadaan di mana rakyat biasa atau keluarga mampu “menggugat kepentingan umum negara serta demokrasi”.

Bagaimanapun, Salleh tidak merujuk kepada mana-mana individu mahupun keluarga secara khusus.

“Saya berpendapat, inilah (perkara) yang kerajaan mahu yakinkan rakyat,” kata bekas ketua menteri Sabah itu di Facebook.

“Justeru, kerajaan semasa mungkin menghendaki sesetengah individu atau keluarga yang mempunyai nilai bersih tinggi untuk mengisytiharkan aset bagi menentukan betapa kayanya mereka.”

Salleh juga berkata, amalan pengisytiharan aset yang betul dan percukaian yang adil ialah pendekatan positif yang harus dialu-alukan oleh semua pihak, terutamanya golongan maha kaya.

“Prinsip dan dasar memastikan tiada rakyat biasa mahupun keluarga lebih kaya daripada negara diamalkan oleh kebanyakan kerajaan dan demokrasi yang maju,” katanya.

Amalan sedemikian, katanya, akan menerapkan tadbir urus yang baik dan pengagihan kekayaan yang adil untuk mencapai ekonomi yang sihat dan cergas.

Baru-baru ini dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan siasatan berhubung aset beberapa personaliti berprofil tinggi dan ahli keluarga mereka.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo