- Menyedari kadar upah penghantar sering menjadi isu dihadapi industri gig itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fokus kerajaan buat masa ini lebih kepada memastikan kumpulan penghantar tersebut diberi perlindungan sosial yang lebih baik.
- “Penting ditegaskan, waktu ini, syarikat ini tidak dilesenkan oleh kerajaan seperti mana syarikat telekomunikasi. Jadi daripada satu sudut, jalan tengah yang kita pilih adalah untuk mengumpulkan pelbagai pihak supaya duduk berbincang mencari jalan penyelesaian bersama.
- “Kerajaan belum membuat sebarang keputusan dan pendirian untuk mencampuri secara langsung dalam beberapa perkara (berkaitan kadar upah). Kecuali satu ketika nanti apabila syarikat p-hailing dilesenkan, sekarang belum (dilesenkan) lagi,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di sini, hari ini.
- Pada 19 Januari lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut menunaikan janji menyelesaikan isu kadar upah rendah penghantar makanan atau penunggang p-hailing yang berlanjutan hingga kini.
KUALA LUMPUR — Kerajaan MADANI masih mengambil pendirian berkecuali dalam menentukan kadar upah diberikan syarikat e-hailing atau p-hailing kepada kumpulan penghantarnya.
Menyedari kadar upah penghantar sering menjadi isu dihadapi industri gig itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fokus kerajaan buat masa ini lebih kepada memastikan kumpulan penghantar tersebut diberi perlindungan sosial yang lebih baik.
“Penting ditegaskan, waktu ini, syarikat ini tidak dilesenkan oleh kerajaan seperti mana syarikat telekomunikasi. Jadi daripada satu sudut, jalan tengah yang kita pilih adalah untuk mengumpulkan pelbagai pihak supaya duduk berbincang mencari jalan penyelesaian bersama.
“Kerajaan belum membuat sebarang keputusan dan pendirian untuk mencampuri secara langsung dalam beberapa perkara (berkaitan kadar upah). Kecuali satu ketika nanti apabila syarikat p-hailing dilesenkan, sekarang belum (dilesenkan) lagi,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di sini, hari ini.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sebarang keputusan berkaitan isu kadar upah masih tertakluk kepada keputusan penyedia perkhidmatan terbabit, selain kumpulan penghantar itu sendiri.
“Mungkin kalau penghantar dari satu syarikat merasakan ada syarikat lain yang menawarkan kadar upah lebih baik, maka mereka boleh berhijrah kepada syarikat itu. Perkara asas disini, pekerja mesti dijaga dari segi keselamatan sosial mereka.
“Di mana MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) dengan Kementerian Digital meneliti manfaat yang boleh diperoleh penghantar contohnya dari segi pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Memandangkan saya lihat, pekerjaan seperti ini walaupun mereka dalam gig ekonomi, tapi rata-rata yang bekerja dengan syarikat ini ada yang sudah lima, enam tahun. Jadi saya rasa keselamatan sosial dia mesti diraih sepanjang masa. Saya lihat ada keperluan untuk teliti perkara ini,” katanya.
Pada 19 Januari lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut menunaikan janji menyelesaikan isu kadar upah rendah penghantar makanan atau penunggang p-hailing yang berlanjutan hingga kini.
Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata, setakat ini tiada sebarang perkembangan berlaku walaupun Perdana Menteri pada Julai tahun lalu mengumumkan akan membantu menyelesaikan masalah yang berterusan membelenggu penghantar makanan itu.
Dalam pada itu, seramai 2,000 penunggang p-hailing, Grabfood Malaysia (Grabfood) di Ipoh dilaporkan membantah pengurangan upah bayaran berikutan tidak menerima sebarang notis mengenainya.
Wakil penunggang p-hailing di Ipoh, Khairul Akmal Razali, 31, berkata, mereka terkejut apabila kadar upah bayaran turun mendadak 30 peratus iaitu RM3.50 bagi perjalanan tiga kilometer pertama berbanding RM4 bagi jarak sama bermula 16 Januari lalu.
Khairul Akmal berkata, pengurangan upah bayaran itu bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penunggang p-hailing, malah pelanggan juga turut terkesan.
Ini kerana mereka tidak akan memberikan khidmat tambahan seperti menghantar makanan hingga di hadapan pintu rumah bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di kawasan rumah pangsa dan sebagainya. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment