NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa tak siasat SD bekas penolong gabenor BNM, soal Dr M

Murad Khalid meletak jawatan penolong gabenor Bank Negara pada 1 Feb 1999. 


PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan terhadap bekas penolong gabenor Bank Negara (BNM) Murad Khalid berhubung akuan berkanun (SD) dibuatnya pada 1999.

Kira-kira 24 tahun lalu, Murad Khalid mendakwa Anwar Ibrahim, yang ketika itu pembangkang memiliki RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank.

“Murad menyatakan Anwar mempunyai RM3 bilion dalam lebih 20 akaun induk.

“Di dalam SD (Murad) ia dinyatakan secara terperinci dalam empat muka surat tetapi setakat saya tahu kenapa tak siasat,” kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau turut meminta orang ramai membaca SD dibuat Murad dan ia mesti diteliti serta disiasat.

Murad meletak jawatan sebagai penolong gabenor BNM pada 1 Feb 1999. Beliau bertanggungjawab ke atas peraturan dan penyeliaan perbankan.

Pada 2012, Malaysiakini melaporkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Murad berada dalam keadaan tertekan ketika membuat SD terhadap dakwaan dana dimiliki Anwar.

Saifuddin mendakwa, Murad “terbang” ke Munich, Jerman, pada akhir 2004 untuk bertemu Anwar dan memohon maaf berhubung isu SD dibuatnya.

Dalam perkembangan sama, Mahathir memberitahu pemimpin dunia supaya tidak datang ke Malaysia untuk berurusan dengan kerajaan hari ini kerana ia ditadbir mereka yang melakukan pendakwaan terpilih.

“Saya nak beritahu seluruh dunia, jangan datang ke Malaysia kerana ada rejim baharu memerintah.

“Rakyat sedang disiasat, kecuali mereka yang menyokong kerajaan. Orang yang tak sebulu dengan perdana menteri kena siasat, orang yang sokong perdana menteri walaupun ada 47 kes mahkamah, ditarik balik kes, inilah Malaysia,” katanya.

Dalam sidang media sama, Mahathir turut mencabar Anwar membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya bagi menguji tahap sokongan rakyat kepada pentadbirannya.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi membuat cabaran itu selepas mendakwa kerajaan Anwar menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat menggugat kedudukannya.

“Saya menang lima pilihan raya dengan majoriti dua pertiga. Rakyat ada peluang untuk menukar saya (tetapi) tak berlaku. Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya akan buat satu pilihan raya.

“Jadi, saya cabar Anwar adakan pilihan raya umum hari ini, sama ada dia berani atau tidak untuk melihat apa yang rakyat akan katakan,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo