NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa PMX cuba ziarah Abdul Hadi di IJN?


Abdul Hadi, 76, berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari 2024 kenapa 5hb baharu PMX bergegas nak jumpa?



KUALA LUMPUR
- Sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Sarjana British, Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di situ.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Abdul Hadi kerana Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini. - Foto Bernama

"Keadaan Abdul Hadi, saya dapat tahu daripada doktor (bahawa) stabil, hari ini beliau dialisis (manakala) Ziauddin sedang tunggu untuk ambil keputusan untuk prosedur berikutnya.

Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat syafakallah, pulih dan dapat jalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mereka di IJN di sini, pada Jumaat.

Abdul Hadi, 76, berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lepas.

Ziauddin, 72, yang merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini. - Bernama


........
Komen: Kalay kita berfikir kita tahu kenapa? Ada orang kata 3 nama PM baharu dah ada di tangan Agong


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo