NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenaikan kadar DST lebih membebankan pengguna – Ka Siong



KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bimbang kenaikan cukai perkhidmatan digital (DST) sebanyak dua peratus mulai 1 Mac ini akan lebih membebankan pengguna.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan menerusi platform Apple Store, Google Services, Netflix, Disney+ dan Amazon Prime pasti akan naik.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memberitahu, DST juga akan menyebabkan harga barangan yang dijual di Lazada, Shopee, TikTok dan Grab melambung tinggi.

“Jika kita mengimbas kembali, pada Januari 2020, apabila DST mula diperkenalkan sebanyak enam peratus, kenaikan harga perkhidmatan digital tidak berhenti sekadar enam peratus sahaja kerana ada peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jauh lebih tinggi daripada kadar itu pada bulan yang sama.

“Maka, saya menjangkakan kenaikan harga untuk perkhidmatan digital pada kali ini akan naik bukan sekadar dua peratus, malah ia akan dinaikkan jauh lebih tinggi dari kadar itu kerana golongan peniaga akan menggunakan alasan kenaikan ini untuk melonjakkan harga.

“Akhirnya siapa yang menanggungnya? Tidak lain tidak bukan, pelangganlah yang akan menanggung segala kenaikan mendadak ini!” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan tentang kenaikan kadar DST daripada enam peratus kepada lapan peratus mulai 1 Mac ini

Langkah itu susulan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen, Oktober lalu.

Cukai digital yang berkuat kuasa 1 Januari 2020 menyaksikan levi enam peratus dikenakan terhadap perkhidmatan dalam talian import, termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital.

Ka Siong turut membangkitkan tentang kenaikan tarif air dan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta pelaksanaan cukai-cukai baharu seperti Cukai Barang Nilai Rendah (LVGT) dan Cukai Barang Nilai Tinggi (HVGT) secara serentak tahun ini.

“Rakyat juga risau tentang penarikan subsidi oleh kerajaan.

“Mampukah rakyat sebagai pengguna bernafas dalam situasi yang penuh cabaran? Inilah kebimbangan saya!” katanya. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo