NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan rekod 15 kes maut jatuh dari jambatan



PASIR MAS – Sebanyak 17 kes terjun jambatan disyaki cubaan membunuh diri direkodkan di Kelantan sejak 2021 sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, daripada jumlah tersebut 15 daripada mangsa ditemui mati lemas manakala seorang berjaya ditemukan selamat.

Beliau berkata, dalam kes terbaru semalam ia melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini dan pihak bomba masih menjalankan operasi mengesan mangsa.

“Antara jambatan yang paling kerap dijadikan lokasi mangsa terjun adalah Jambatan Sultan Yahya Petra (sembilan kes), Jambatan Tendong (tiga kes), Jambatan Salor (dua), manakala masing-masing satu kes di Jambatan Wakaf King, Jambatan Tok Bali dan Jambatan Pak Nik Lah.

“Bagi statistik mengikut tahun, kita dapati pada 2021 ada tiga kes terjun jambatan, tujuh kes pada 2022 dan enam kes pada 2023. Pada awal tahun ini sudah ada satu kes semalam,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana di Tendong, di sini, hari ini.

Zainal berkata kes kejadian terjun jambatan tersebut agak membimbangkan dan berharap pihak tertentu turut mencari jalan penyelesaian termasuk cadangan membina pagar di laluan tepi jambatan kerana dikhuatiri akan berulang kembali selepas ini.

Sementara itu mengulas mengenai kes terbaru semalam, Zainal berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 7.48 malam, semalam.

“Sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong telah ke lokasi dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa.

“Operasi mencari di permukaan Sungai Kelantan telah dilakukan sejak semalam dan akan diteruskan hari ini termasuk dengan Unit K9 dari Subang, Selangor,” katanya.

Katanya, operasi akan terus dijalankan sehingga mangsa berjaya ditemui dan yakin mangsa tidak akan hanyut jauh kerana kemungkinan tersangkut di sepanjang sungai itu. – BERNAMA






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo