NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekangan kewangan kerajaan bukan alasan hukum penjawat awam – MCA



KUALA LUMPUR – Kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini tidak sepatutnnya dijadikan alasan utama untuk menghukum rakyat termasuk penjawat awam.

Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Jeck Seng berkata, beberapa dasar yang bersifat sedemikian boleh dielakkan daripada dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut beliau, MCA telah banyak kali mengesyorkan supaya kerajaan kembali melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi membantu negara meraih pendapatan yang seterusnya dikembalikan semula kepada rakyat.

“Sudah banyak kali juga dicadangkan supaya tukar nama GST kepada satu nama yang lain, jika tidak mahu menampakkan ia sebagai kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu atau tidak mahu dilihat membuat pusingan U, asalkan sistem cukai itu telus dan adil seperti GST.

“Inilah punca sebenar apa yang menimpa negara kita sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Banyak pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh mempersoalkan langkah mengejut kerajaan itu.

Ahli Parlimen Tanjung Piai itu juga bimbang dengan kesan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta pelbagai cukai lain dan kenaikan tarif elektrik sebanyak lima peratus bagi golongan M40.

“Kesemua ini turut memberi kesan kepada penjawat awam,” jelasnya.

Jeck Seng turut menyatakan kesediaannya untuk tidak menerima pencen sebagai Ahli Parlimen, namun beliau tidak sanggup melihat penjawat awam berdepan situasi yang sama.

Beliau mengingatkan bahawa kebanyakan penjawat awam berkhidmat kepada negara dan rakyat dengan memikul tanggungjawab di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing dalam tempoh yang panjang sehingga mencecah puluhan tahun.

“Apa yang menghairankan, bukankah penjawat awam sudah dibenarkan membuat pilihan masing-masing sama ada mahu memilih skim berpencen ataupun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?” soalnya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo