- Kedai alkohol dibuka di Arab Saudi buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 70 tahun, demikian pendedahan seorang diplomat pada Rabu lalu.
- Tindakan itu merupakan satu lagi langkah ke arah liberalisasi sosial negara dan kerajaan yang menempatkan tapak paling suci umat Islam itu.
- Lokasinya terletak di Kuarters Diplomatik Riyadh yang secara eksklusifnya untuk menyantuni diplomat bukan beragama Islam.
- Perkara itu dikatakan sejajar dengan cita-cita Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mengubah Arab Saudi menjadi hab pelancongan dan destinasi perniagaan.
- Selain dilihat sebagai usaha mempelbagaikan ekonominya, ia juga sebahagian dari aspirasi tinggi Arab Saudi untuk perlahan-lahan mengubah pergantungan ekonominya supaya tidak terhad kepada minyak mentah.
Kedai alkohol dibuka di Arab Saudi buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 70 tahun, demikian pendedahan seorang diplomat pada Rabu lalu.
Tindakan itu merupakan satu lagi langkah ke arah liberalisasi sosial negara dan kerajaan yang menempatkan tapak paling suci umat Islam itu.
Lokasinya terletak di Kuarters Diplomatik Riyadh yang secara eksklusifnya untuk menyantuni diplomat bukan beragama Islam.
Perkara itu dikatakan sejajar dengan cita-cita Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mengubah Arab Saudi menjadi hab pelancongan dan destinasi perniagaan.
Selain dilihat sebagai usaha mempelbagaikan ekonominya, ia juga sebahagian dari aspirasi tinggi Arab Saudi untuk perlahan-lahan mengubah pergantungan ekonominya supaya tidak terhad kepada minyak mentah.
Diplomat yang bercakap kepada AP tanpa namanya didedahkan, melawat kedai itu dan menyamakan suasananya seperti kedai bebas cukai kelas atasan lapangan terbang antarabangsa utama.
AP melaporkan tiada sebarang komen rasmi daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung pembukaan kedai itu setakat ini. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment