SEPANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang Perikatan Nasional (PN) mempunyai akuan berkanun (SD) mencukupi untuk menumbangkan kerajaan.
“Tidak apalah. Tak perlu komen. Saya kerja. Kalau ada kes…isu besar saya jawab,” katanya ketika ditemui dalam program Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024.
Semalam, Sanusi mendakwa sudah mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen mencukupi bagi membolehkan gabungan itu mengambil alih pentadbiran negara.
Bagaimanapun, ketua pengarah pilihan raya PN itu tidak memaklumkan secara terperinci termasuk jumlah SD yang diperoleh.
Sabtu lalu, media melaporkan Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan konon Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk menghadap bersama SD masing-masing.
Kenyataan didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.
Kenyataan media bertarikh 6 Jan tular mendakwa PN merafak syukur kerana usaha menyelamatkan negara mendapat ihsan Agong
Sebelum ini, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan tindakan yang dikatakan untuk menumbangkan kerajaan dikenali “Langkah Dubai” tidak akan memberikan kesan kepada kerajaan perpaduan pimpinannya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment