NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika benar Kerajaan Madani, lakukan tindakan terhadap Koo Ham - PUTRA

Muhammad Shahrulufti (tengah) dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari ini, 3 Jan 2024. (HARAKAHDAILY/Sufffi Kamari)




KUALA LUMPUR: “Jika benar kerajaan persekutuan  ialah Kerajaan Madani, maka tindakan perlu diambil terhadap Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.”

Naib Presiden 1 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Asmawar Samat berkata, kenyataan yang dilakukan oleh ahli parlimen tersebut benar-benar merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Menurutnya, perkara-perkara yang berkaitan agama Islam tidak boleh disentuh oleh mana-mana ahli parlimen bukan Islam yang mana sekiranya mereka melakukan sedemikian maka kerajaan perlu mengenakan tindakan yang tegas dalam perkara tersebut.

“Namun, selagi kerajaan sekarang tidak melakukan sedemikian maka saya hanya menyatakan kononnya kerajaan Madani,” katanya selepas ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Ini kerana kata beliau, isu sebegini adalah sensitif yang mana boleh termasuk dalam Isu 3R yang mana kenyataan Datuk Ngeh Koo Ham dapat menimbulkan ketegangan kaum sekiranya tidak berjaga-jaga.

Tambah beliau, kerajaan tidak boleh bersifat berat sebelah lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu-isu sensitif berkaitan agama Islam dan Perundangan Islam itu sendiri.

“Jadi, kerajaan semamangnya tidak boleh ada double standard kerana ini merupakan satu isu yang amat penting dan sekiranya kerajaan tidak ambil tindakan maka kami memang amat kecewa dengan kerajaan pada masa ini,” ujarnya.


Sementara itu Ketua Penerangan PUTRA, Muhammad Shahrulufti Mohd Sharif juga hadir dalam membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

Beliau menyatakan bahawa Koo Ham telah beberapa kali membuat kenyataan yang sensitif seperti penghapusan perkataan ISLAM pada kad pengenalan dan hak orang Islam yang murtad dihormati.

“Sekarang ini beliau membuat cadangan supaya pakar bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa khas untuk mengkaji isu-isu berkaitan kuasa perhimpunan negeri dalam menggubal Undang-Undang Syariah Islam,

“Ini merupakan satu perkara yang amat tidak boleh diterima oleh mana-mana umat Islam sekalipun,” tegasnya.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan sebegitu adalah berbentuk penghinaan dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ramai umat Islam.

Muhammad Shahrulufti juga menyatakan kebimbangannya terhadap perkara sebegini kerana boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dalam negara ini.

“Oleh itu, saya membuat laporan polis agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya,

“Ini kerana beliau harus bertanggungjawab dengan tindakannya yang kurang sopan yang mana perkataan maaf sahaja tidak boleh diterima memandangkan kenyataan beliau sendiri memang menggugat keharmonian negara yang sedia ada,” katanya.  HARAKAHDAILY 3/1/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo