NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jenayah seksual kanak-kanak, Pemimpin komuniti LGBT Kanada ditahan



  • Seorang pemimpin komuniti LGBT di Kanada ditahan polis atas tuduhan jenayah seksual kanak-kanak.
  • Individu itu adalah Sean Edward Leonard Gravelss, 39, yang juga Presiden North Peace Pride Society, gerakan kelompok songsang itu yang berpusat di utara British Columbia.
  • Jurucakap Pejabat Pendakwaan British Columbia memaklumkan kepada Fox News Digital, Gravells ditahan atas dakwaan gangguan seksual, penyalahgunaan seksual, pemilikan pornografi kanak-kanak dan menerima atau menyebarkan pornografi kanak-kanak.
  • Jurucakap itu dipetik portal Ruetir sebagai berkata, dua kesalahan pertama didakwa berlaku pada 29 Disember 2023, manakala pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak berlaku pada 31 Disember 2023.
  • Keempat-empat tuduhan itu dilaporkan berlaku berhampiran Fort St John di British Columbia.

Seorang pemimpin komuniti LGBT di Kanada ditahan polis atas tuduhan jenayah seksual kanak-kanak.

Individu itu adalah Sean Edward Leonard Gravelss, 39, yang juga Presiden North Peace Pride Society,gerakan kelompok songsang itu yang berpusat di utara British Columbia.

Jurucakap Pejabat Pendakwaan British Columbia memaklumkan kepada Fox News Digital, Gravells ditahan atas dakwaan gangguan seksual, penyalahgunaan seksual, pemilikan pornografi kanak-kanak dan menerima atau menyebarkan pornografi kanak-kanak.

Jurucakap itu dipetik portal Ruetir sebagai berkata, dua kesalahan pertama didakwa berlaku pada 29 Disember 2023, manakala pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak berlaku pada 31 Disember 2023.

Keempat-empat pertuduhan itu dilaporkan berlaku berhampiran Fort St John di British Columbia.

Gravells hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kali pertama dan dibebaskan dengan jaminan $2,000 (RM6,944) sebelum dijadualkan untuk hadir ke perbicaraan terbaru pada 29 Januari depan.

Dalam berita berasingan dilaporkan CBC, Gravelss dipecat daripada jawatannya selaku Presiden North Peace Pride Society dan biografinya dalam laman sesawang organisasi itu telah dipadamkan. – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo