NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan terkejut jika usul tidak percaya datang dari pihak kerajaan sendiri – Razali Idris



KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan jangan terkejut sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datangnya daripada pihak kerajaan sendiri.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, ia kerana kemungkinan undi tersebut akan dibawa oleh ahli Parlimen mahupun parti dalam kerajaan adalah sangat tinggi.


“Jangan terkejut sokongan usul undi tidak percaya terhadap PMX datangnya dari barisan Kabinet, Ahli Parlimen PKR, Ahli Parlimen UMNO, BN dan Ahli Parlimen Amanah. Tidak terkecuali beberapa orang dari Sarawak dan Sabah.

“Jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana di kaca mata rakyat, kerajaan PMX semakin sombong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Razali berkata, cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mewujudkan rang undang-undang (RUU) untuk mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal juga agak pelik.

Jelasnya, Anwar lebih nampak panik sehingga mengaitkan dengan institusi beraja serta integriti dan kedaulatan berparlimen.


“Mengapa pula secara tiba-tiba hendak dicadangkan RUU Penetapan Had Tamat Tempoh Parlimen serta mencabar pembangkang membawa usul tidak percaya terhadap PMX.

“Tindakan pihak pemerintah adalah sangat pelik kerana mungkin sudah ada dalam kalangan Ahli Parlimen mereka sendiri yang beralih sokongan?,” soal beliau lagi.

Awal bulan ini, penulis blog kontroversi, Raja Petra mendakwa pembangkang berjaya memperoleh 120 akaun bersumpah untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Ekoran itu, Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo