NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Jangan hanya raikan mereka bila tiba musim pilihan raya’




KUALA LUMPUR
: “Jangan hanya raikan mereka apabila musim pilihan raya. Jangan hanya raikan mereka apabila mereka berjaya menyelamatkan nyawa kita semasa musim Covid-19.

“Namun bila sudah habis, kita lupakan mereka, kita tikam mereka dari belakang. Ingat politik berubah, tetapi penjawat awam kekal. Perkhidmatan awam yang hebat akan membentuk asas, untuk sebuah negara yang hebat.”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata demikian sambil menambah bahawa cadangan untuk menghapuskan skim pencen terhadap penjawat awam yang baru  dilantik adalah tidak wajar.

“Penjawat awam merupakan barisan hadapan rakyat Malaysia dan mencadangkan agar kerajaan membawa isu menghapuskan pencen wakil rakyat di bawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

“Kita dimaklumkan bahawa pencen penjawat awam baharu adalah bebanan kewangan kerajaan. Betul ke? Apa nasib penjawat awam di Malaysia?,” soal Syed Saddiq dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa pencen penjawat awam mulai Februari akan dimansuhkan.

Sehubungan itu, Syed Saddiq menampilkan tiga pandangan peribadinya. Pertama, ujar beliau, gaji penjawat awam sudah lebih 10 tahun tidak dikaji semula. 

“Kali terakhir pada 2013. Ini bermakna mereka effectively underpaid. Gaji RM1,500 tetapi ingin hidup dengan bebanan kos sara hidup di Kuala Lumpur. Boleh ke?

“Kedua, beban tanggungan tambahan. Lihat saja bagaimana (anggota) polis bekerja pagi dan malam dan tidak boleh tuntut kerja lebih masa (OT). 

“Cikgu praktikum yang tidak berbayar, cikgu veteran yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk bantu anak-anak muridnya. Ini belum lagi saya bicarakan soal cikgu yang akan mengajar jadi kerani, pengurus dan ada yang sampai kena buat tugas pembersihan sekolah. Bayangkan,” jelas beliau.

Seterusnya, beliau menyeru agar kerajaan melawat kuarters-kuarters kerajaan kerana didapati kemudahannya yang usang, lapuk dan daif.

“Saya bila pergi kuarters polis ada bumbung yang bocor, elektrik dan air sentiasa terputus, bagaimana mereka nak tinggal. Itu pun kalau dapat (kuarters).

“Ramai cikgu-cikgu yang mohon kuarters tak dapat dah penuh diisi. Bagaimana kita nak bantu mereka menjaga anak-anak dan keselamatan negara kita. Nasib penjawat awam kita ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya.  HARAKAHDAILY  26/1/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo