NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu poster kaligrafi Cina: MPT bebal, BM bukan sekadar bahasa terjemahan – Kok Seong



  • Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diingatkan bahawa kedudukan bahasa Cina tidak boleh mengatasi kedudukan Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa kebangsaan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama dan tidak boleh dijadikan sebagai bahasa terjemahan kepada bahasa lain. 
  • “Yang pentingnya mengikut Undang-Undang Kecil Iklan itu, Bahasa Melayu adalah bahasa utama, kemudian bahasa Cina itu adalah boleh. Bahasa Cina adalah terjemahan kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tak boleh jadi terjemahan kepada bahasa Cina. Tak boleh. 
  • “Beliau (Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar) begitu tak bertanggungjawab. Begitu bebal bagi saya sehingga beliau tidak tahu. Kan Bahasa Melayu adalah bahasa negara. Keutamaannya haruslah pada bahasa negara. Jadi ditulis dalam Bahasa Melayu, kemudian diterjemahkan dalam bahasa Cina,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
  • Beliau mengulas kenyataan Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar yang mengatakan hebahan poster dibuat menerusi laman Facebook Majlis Perbandaran Taiping perlu ditulis dalam bahasa Mandarin dengan terjemahan Bahasa Melayu kerana ia berkenaan pertandingan kaligrafi Cina yang menyasarkan penyertaan komuniti itu. 

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diingatkan bahawa kedudukan bahasa Cina tidak boleh mengatasi kedudukan Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa kebangsaan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 


Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama dan tidak boleh dijadikan sebagai bahasa terjemahan kepada bahasa lain. 

“Yang pentingnya mengikut Undang-Undang Kecil Iklan itu, Bahasa Melayu adalah bahasa utama, kemudian bahasa Cina itu adalah boleh. Bahasa Cina adalah terjemahan kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tak boleh jadi terjemahan kepada bahasa Cina. Tak boleh. 

“Beliau (Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar) begitu tak bertanggungjawab. Begitu bebal bagi saya sehingga beliau tidak tahu. Kan Bahasa Melayu adalah bahasa negara. Keutamaannya haruslah pada bahasa negara. Jadi ditulis dalam Bahasa Melayu, kemudian diterjemahkan dalam bahasa Cina,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar yang mengatakan hebahan posterdibuat menerusi laman Facebook MPT itu perlu ditulis dalam bahasa Mandarin dengan terjemahan Bahasa Melayu kerana ia berkenaan pertandingan kaligrafi Cina yang menyasarkan penyertaan komuniti itu. 

Kok Seong berkata tindakan MPT membuat hebahan poster dengan meletakkan bahasa Cina di atas Bahasa Melayu patut dipersalahkan kerana tidak merujuk kepada Akta Kerajaan Tempatan itu. 

Katanya, semua majlis perbandaran beroperasi di bawah Akta Kerajaan Tempatan yang mengandungi Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982. 

Jadi, poster itu adalah dianggap sebagai iklan sebab poster adalah pemberitahuan sesuatu yang diletak di tempat awam.

“Tak boleh tak boleh (utamakan bahasa Cina), langsung salah sebab di dalam Undang-Undang Kecil Iklan itu disebut, Bahasa Melayu itu saiznya harus lebih besar daripada bahasa-bahasa lain yang digunakan,” katanya. 

Kok Seong berkata MPT sebagai agensi kerajaan gagal kerana mereka sepatutnya lebih peka akan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan tindakan perlu diambil terhadap mereka. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo