NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ISU PEMANSUHAN PENCEN : KERAJAAN PERLU LIHAT 'KIRI DAN KANAN'

ISU PEMANSUHAN PENCEN : KERAJAAN PERLU LIHAT 'KIRI DAN KANAN'

Tekad politik yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha mereformasi sistem pencen pesara penjawat awam perlulah disesuaikan dengan konteks dan keadaan.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan aspek kewangan rakyat yang rata-ratanya sedang runsing memikirkan simpanan semasa. Kemudian, bertambah rungsing perlu memikirkan simpanan hari tua.

Terbaru, pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Geoffrey Williams menyatakan bahawa masalah pencen penjawat awam tidak akan selesai melalui peralihan skim saran kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tindakan peralihan ini dikatakan akan menyumbang sangat sedikit kepada KWSP, selain mengurangkan dividen ahli KWSP sedia ada. Lanjutan itu, kakitangan awam mungkin akan menuntut kenaikan gaji untuk menampung kos lebih tinggi. Maka, bebanan kewangan kerajaan akan tetap ada.

Oleh itu, beliau menyarankan agar kerajaan membentuk skim baharu menggabungkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan dana berprestasi rendah seperti Khazanah, KWAN dan PNB bagi menangani isu yang dibangkitkan.

Dalam satu sisi lain, ketua Pusat Pengajian Hubngan Antarabangsa, Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainil Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi menyebut kesan keputusan kerajaan ini akan menjejaskan minat orang muda untuk mengisi perjawatan dalam tiga sektor penting iaitu pendidikan, keselamatan dan kesihatan.

Lebih-lebih lagi apabila melihat banyak permasalahan yang wujud di Malaysia sekarang adalah memerlukan kepada kepakaran daripada tiga sektor ini. Bayangkan apa yang akan berlaku kelak apabila berkurangnya tenaga pakar, tetapi masalah bertambah. Hal ini bakal memberi kesan negatif jangka masa panjang kepada Negara.

Pandangan daripada pakar-pakar sebegini perlu dititikberatkan oleh pihak kerajaan sebelum melaksanakan satu keputusan yang besar kepada negara. Hal ini kerana, mereka lebih arif dalam sektor-sektor berkaitan. Biarlah reformasi yang dilaksanakan itu berpaksikan logik dan kesesuaian. Bukannya asal ada ruang perubahan, terus dibuat tanpa melihat kiri dan kanan.

#PemudaPAS
#GenerasiSejahtera

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo