NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GrabFood Malaysia diberi tempoh 5 hari selesaikan masalah

Abdul Hakim (tiga dari kanan) dalam sidang media di di luar Ibu Pejabat GrabFood di Axis Business Campus, Seksyen 51A, Petaling Jaya, Selangor pada hari ini, 19 Jan 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)



PETALING JAYA
: Syarikat penyelia p-hailing, GrabFood Malaysia (GrabFood) diberi tempoh lima hari bekerja untuk menyelesaikan isu penurunan kadar upah asas penunggang-penunggang GrabFood di negara ini.

Setiausaha Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani, berkata Sekiranya syarikat tersebut masih lagi tidak melakukan tindakan seperti yang diminta pihaknya, penunggang-penunggang GrabFood akan sekali membuat perhimpunan sebegini dalam masa yang terdekat.

Abdul Hakim berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan syarikat GrabFood di luar Ibu Pejabat GrabFood di Axis Business Campus, Seksyen 51A, di sini hari ini.

Dia dan tiga lagi penunggang GrabFood telah menjadi wakil untuk melakukan perbincangan dengan pengurus syarikat GrabFood, Thomas Lee.

“Pihak kami telah menggesa Encik Thomas untuk mengembalikan semula pembayaran (kadar upah) asas,RM5 sebagai bayaran minima untuk 2 kilometer pertama di kawasan Lembah Klang.

“Sementara, RM4.50 pula perlu dijadikan sebagai pembayaran asas minimum (bagi jarak yang sama)  kepada penunggang-penunggang GrabFood di kawasan-kawasan luar dari Lembah Klang,” katanya. 

Abdul Hakim berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan syarikat GrabFood di luar Ibu Pejabat GrabFood di Axis Business Campus, Seksyen 51A, di sini hari ini.

“Sehubungan itu, pihak kami juga menggesa syarikat GrabFood supaya mengkaji semula caj perkhidmatan kerana terdapat laporan daripada sebahagian penunggang GrabFood yang mana satu daripada contoh ialah hanya menerima RM4 (upah asas untuk setiap satu pesanan)  sedangkan caj perkhidmatannya ialah RM8,” jelasnya.

Menurutnya, terdapat juga penunggang GrabFood yang ditamatkan perkhidmatannya serta merta oleh syarikat GrabFood  itu sendiri hanya disebabkan oleh isu jenayah kecil.

Dia juga menyatakan bahawa syarikat GrabFood perlu mengkaji semula dan bertimbang rasa mengenai perkara tersebut kerana ia  melibatkan isu kebajikan penunggang-penunggang GrabFood.

“Syarikat GrabFood perlu memikirkan juga tentang perkara ini kerana kami semua  juga manusia yang perlu diberikan layanan yang adil.

“Jadi, syarikat GrabFood perlu mengambil maklum mengenai perkara-perkara ini kerana penunggang-penunggang GrabFood berhak mendapat keadilan,” katanya.  HARAKAHDAILY  19/1/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo