NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam MP jadi agenda MPT Bersatu malam ini – Razali



KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam ini dijangka membincangkan beberapa perkara termasuk ahli-ahli Parlimennya.

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata, tindakan enam ahli Parlimennya yang membelakangkan parti bakal menjadi topik hangat dalam mesyuarat pada malam ini.

“Ya mesyuarat malam ini akan bincang tentang enam ahli Parlimen Bersatu (sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya kepada pemberita di lobi ibu pejabat Bersatu, di Publika, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi menjadi individu keenam daripada Bersatu menyokong PMX selepas Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terdahulu beberapa pimpinan Bersatu tiba di Ibu Pejabat Perikatan Nasional (PN) kira-kira jam 8 malam tadi.

Selain Razali, antara ahli MPT Bersatu yang kelihatan hadir ialah Datuk Abdul Rashid Asari, Dr Afif Bahardin, Datuk Mohd Radzi Jidin; Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Turut hadir Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Abdul Rashid Asari, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebelum ini, media melaporkan Bersatu sedang bergolak susulan dakwaan wujudnya dua kem selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan U dan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan sebelum ini.

Mesyuarat kali ini menjadi tumpuan ramai susulan dakwaan Muhyiddin dijangka memecat Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan digantikan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo