NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Eddin dicadang dilantik semula, ganti Peja terajui PN N Sembilan

Eddin Syazlee Shith antara tiga nama dicadang semula menggantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai pengerusi PN Negeri Sembilan.


PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith antara pemimpin disebut-sebut “relevan” menerajui Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, mengambil alih tugas itu daripada Ahmad Faizal Azumu.

Faizal, yang juga timbalan presiden Bersatu menerima kritikan selain dinasihatkan melepaskan jawatan disandangnya itu oleh pimpinan negeri terutama daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha.

Eddin pernah mengetuai gabungan PN Negeri Sembilan, namun digantikan Faizal pada Jun tahun lalu, dua bulan sebelum PRN.

Ketua Sayap Bersekutu Negeri Sembilan, R Sri Sanjeevan, ketika menyokong cadangan Rafiei, turut menamakan dua lagi individu “anak tempatan” mengisi jawatan itu – Adun Labu Mohamad Hanifah Abu Baker dan Setiausaha Bersatu Negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus.

“Saya nampak tiga calon ini ada kemampuan untuk jadi pengerusi PN negeri kerana mereka lebih dekat dan lebih memahami tentang isu di Negeri Sembilan sebab mereka berpangkalan dan bekerja di Negeri Sembilan.

“Walaupun Peja timbalan presiden beliau tinggal di Kuala Lumpur…Perak, jadi macam mana beliau nak dengar suara di Negeri Sembilan,” katanya kepada FMT.

Sanjeevan berkata, dengan melantik anak tempatan, Faizal boleh menumpukan tugas di peringkat pusat kerana khidmat dan pengalamannya diperlukan.

Beliau juga sependapat dengan Rafiei bahawa wujud kelemahan struktur barisan kepimpinan PN Negeri Sembilan.

Sementara itu, Hanifah bersetuju PN Negeri Sembilan diterajui pemimpin tempatan.

“Sebenarnya Datuk Peja sudah maklum beliau akan pulangkan jawatan itu kepada pemimpin tempatan. Beliau diamanahkan pimpinan pusat menerajui PN dan Bersatu Negeri Sembilan untuk hadapi PRN…bukan dia yang mahu,” katanya yang juga ketua Bersatu Rasah.

Katanya, cadangan Sanjeevan bernas namun keputusan akhir terserah kepada pimpinan pusat.

“Sebagai Adun Labu mewakili Bersatu saya serah kepada pusat untuk tentukan siapa akan mengetuai Bersatu dan PN negeri,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Rafiei menyatakan kekecewaan dengan pengurusan parti di negeri berkenaan, khususnya selepas PRN berakhir, tahun lalu.

Selain gagal membantu Adun PN yang tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, PAS Negeri Sembilan juga mendakwa Peja, “tidak mengambil tahu lagi akan hal-hal parti”.

November lalu, Rafiei menuntut Peja segera meletak jawatan sebagai ketua PN negeri kerana didakwa “tidak lagi berminat” menerajui gabungan itu di negeri terbabit, selain didakwa gagal memainkan peranan sebaik mungkin selepas PRN berakhir Ogos lalu.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo