NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dilema penunggang motosikal

Laluan khas motosikal dinaiki air ketika hujan lebat.


PENGGUNAAN motosikal di Malaysia mencatatkan peningkatan saban tahun ditambah lagi dengan populariti perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain terutama di Lembah Klang.

Demi keselamatan penunggang, kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya sebelum ini telah membina laluan khas bertujuan mengasingkan pengguna motosikal daripada kenderaan lain.

Pelaksanaannya ternyata dapat melindungi penunggang motosikal daripada risiko kemalangan.

Malangnya masih terdapat segelintir penunggang yang sanggup merisikokan keselamatan diri dengan menggunakan laluan utama.

Tindakan tersebut bukan sahaja berbahaya, malah kegagalan mematuhi penggunaan lorong motosikal yang disediakan boleh menyebabkan mereka dikenakan saman.

Namun mereka mempunyai pelbagai alasan tersendiri tidak menggunakan laluan tersebut antaranya jalan rosak, jalan tidak diturap rata, terowong gelap tanpa lampu dan sebagainya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati alasan-alasan tersebut ada asasnya kerana terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna laluan tersebut.

Sebagai contoh terdapat kerosakan jalan di laluan khas motosikal Lebuhraya Persekutuan yang hanya diletakkan kon serta penghalang jalan tetapi tiada tindakan baik pulih kerosakan selama lebih daripada enam bulan.

Selain itu terdapat permukaan jalan yang licin, jalan berbonggol kerana tidak diturap dengan baik, terowong gelap, laluan dinaiki air ketika hujan lebat serta laluan yang sempit.

Oleh itu penunggang perlu sentiasa berhati-hati dan lebih peka jika terdapat sebarang halangan di sepanjang laluan.

Penunggang juga sudah pasti mengharapkan pihak berwajib lebih proaktif dengan menambah kekerapan pemantauan serta melakukan penyelenggaraan secara berkala untuk menjadikan laluan khas motosikal lebih selamat digunakan.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo