Menurut Ketua Penerangannya, Dr Balachandran Gopal Krishnan, program terbabit telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Program yang berlangsung selama dua hari itu telah dihadiri oleh sekitar 60 orang anggota DHPP dari seluruh negara.
“Tujuan program tersebut adalah untuk memantapkan serta menonjol DHPP sebagai sebuah organisasi untuk menjaga kepentingan dan hal ehwal bukan Islam di bawah naungan PAS,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, di samping itu program tersebut adalah untuk memperkasakan ahli DHPP agar memahami tujuan dan dasar perjuangan PAS serta memainkan peranan dalam media sosial.
“Tujuan program itu juga adalah untuk menggariskan strategi untuk memenuhi hasrat yang disasarkan serta mendapat keyakinan pengundi bukan Islam agar menyokong dan mengundi PAS dan Perikatan Nasional,” tambahnya.
Menurutnya dalam ucapan Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu telah mengingatkan semua peserta mengenai pesanan yang pernah disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ulasnya, Presiden PAS dalam satu ucapan mahukan PAS mesti menjadi sebuah parti yang tidak hanya disokong oleh orang Melayu-Islam sahaja, tetapi juga didukung oleh pelbagai kelompok masyarakat majmuk dalam negara ini.
Sehubungan itu kata Balachandran, Ahmad Samsuri sampaikan agar setiap ahli DHPP harus merasa bangga menjadi sebahagian daripada entiti mengembangkan PAS.
“Dr Samsuri kata kita yang telah memilih untuk bersama perjuangan PAS dan berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga PAS terutamanya dalam menarik sokongan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment