NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Darjah kebesaran Agus sah ditarik balik Sultan Kelantan

Sultan Kelantan menarik balik gelaran darjah kebesaran dikurniakan kepada bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff.


PETALING JAYA: Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Nazran Muhammad mengesahkan gelaran darjah kebesaran dikurniakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V kepada bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff ditarik balik.

Beberapa hari lalu tular sebuah warta kerajaan Kelantan mengenai penarikan balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang, dikurniakan kepada Agus.

Warta bertarikh 28 Dis itu menyatakan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa pada 2 Dis lalu.

Bagaimanapun, tiada sebab dinyatakan mengenai keputusan Sultan Kelantan menarik balik darjah kebesaran itu.

Agus dikurniakan darjah kebesaran itu pada November 2011.

Menurut Malaysiakini, Nazran mengesahkan Sultan Kelantan menarik balik darjah kebesaran dikurniakan kepada Agus itu.

“Seperti diwartakan,” kata Nazran yang dipetik portal berita itu.

Agus terbabit dalam kontroversi apabila disiasat polis berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Agus yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak, 21 Okt lalu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan.

Polis menjalankan siasatan selepas Wahab membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman 30 Nov lalu.

Sebelum itu, polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular perbualan lucah didakwa membabitkan Agus dan Wahab.

Dalam satu sidang media, Agus mendakwa video perbualan mengaitkannya itu palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo