Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, ketidaksetiaan DAP itu juga kerana mengusahakan hak kesamarataan rakyat Malaysia melalui agenda ‘Malaysian Malaysia’.
“Perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketegangan dalam masyarakat terutamanya di kalangan Bumiputera. Ini disebabkan DAP berjanji untuk menghapuskan kuota serta hak keistimewaan kaum majoriti.
“Sentimen perkauman yang dikaitkan dengan DAP telah lama wujud hingga menyebabkan perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Bidasnya, parti cauvinis itu sering kali memberikan penekanan perkauman yang khusus terhadap satu kaum sahaja di mana ia menunjukkan watak sebenar DAP tetapi kononnya bersembunyi di sebalik perjuangan pelbagai lapisan bangsa.
“Selain itu, DAP juga dikatakan terlibat dalam usaha-usaha untuk ‘mengusir’ orang Melayu terutamanya di Pulau Pinang. DAP menjadikan pembangunan sebagai alasan utama untuk menghapuskan secara berperingkat masyarakat Melayu termasuk juga kaum-kaum lain yang miskin.
“Isu pembangunan ini juga digunakan untuk menidakkan hak orang Islam dan menghimpit agama Islam secara perlahan. Tiada usaha dilakukan Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP untuk mempromosikan Masjid Batu Uban sebagai bangunan warisan,” ujarnya memberikan contoh.
Tetapi katanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh pula mengusahakan Bandar Raya George Town untuk diwartakan oleh UNESCO sebagai bandar warisan, sedangkan Masjid Batu Uban lebih awal daripada sejarah George Town.
“Kenyataannya, Kerajaan DAP Pulau Pinang dilaporkan telah menerapkan pelbagai usaha halus untuk merealisasikan agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang mereka perjuangkan. Suara-suara yang dilontar oleh rakyat hanyalah taktik untuk menutup agenda mereka dalam mengusir orang Melayu terutamanya di negeri ini.
“Oleh itu, semua rakyat Malaysia terutamanya Melayu Islam perlu waspada dan berhati-hati dengan tindakan licik DAP ini,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 26/1/2024

........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment